Sumber IG
Pelakon, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau Mimi Lana, 27, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan bagi menerima rawatan kerana demam panas.
Mimi menerusi perkongsian di IG Story menjelaskan, dia mula tidak sihat sejak beberapa hari lalu dan bimbang dia terkena jangkitan Covid-19 atau influenza.
"Dua tiga hari saya rasa tak sedap badan dan pagi ini (Rabu), suhu badan naik secara tiba-tiba. Saya sejuk sampai menggigil.
"Saya bimbang terkena jangkitan Covid-19 atau influenza dan doktor suspek saya terkena dengki disebabkan simptom yang dialami. Mujur tiada apa-apa, hanya demam panas," tulisnya.
Mimi juga mengatakan itu adalah kali pertama dia ditahan di wad disebabkan demam.
Kebiasaannya, dia hanya akan ke klinik untuk mendapatkan ubat demam dan berehat di rumah. Mimi tidak menyangka demam yang dialaminya kali ini agak teruk.
Sumber IG
Sementara itu, aktres itu juga meluahkan rasa serba salah kerana tidak dapat menjalani penggambaran sedang dia masih terikat dengan jadual.
"Saya betul-betul rasa bersalah sebab sepatutnya ada penggambaran hari ini. Inilah kali pertama dimasukkan ke hospital ketika shooting.
"Doakan saya cepat sembuh dan boleh kembali ke set seperti biasa," katanya. - CARI
Sumber IG
|