CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 0

[Kedah] Kerugian bencana pertama Baling dianggar RM28j

[Copy link]
Post time 14-9-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode

Kakitangan JKR membuat pemeriksaan Jambatan Bailey menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Iboi Masjid di Baling yang rosak akibat banjir kali ketiga ekoran hujan lebat pada 6 September lalu. - NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

ALOR SETAR: Kerugian akibat bencana banjir lumpur dan aliran puing pertama melanda Kampung Iboi, Baling, pada 4 Julai lalu, dianggarkan mencecah RM28 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penilaian itu dibuat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Baling yang melakukan bancian ke atas lebih 900 rumah terbabit dalam bencana berkenaan.

Antara kerugian utama yang dilapor membabitkan kerosakan rumah penduduk, infrastruktur awam, harta benda, selain ratusan kenderaan milik orang ramai.

"Dalam kejadian pertama, kerugian adalah RM28 juta yang dianggar Jawatankuasa PKOB di bawah pegawai daerah Baling. Kita dapat nilai itu selepas banci ke atas kira-kira 900 rumah mangsa, manakala bagi bencana kali kedua pada 28 Julai, belum ada anggaran.

"Ketika ini juga, kerajaan negeri sedang berusaha menyiapkan 12 rumah mangsa yang ranap di tapak baharu di Kampung Sadek, yang dijangka siap Disember. Kita perlu siapkan segera kerana bantuan sewa rumah yang diberi adalah sehingga Disember.

"Bagi 17 lagi rumah yang didapati berisiko, kita sudah mulakan kerja pengambilan tanah di Kampung Seniyek selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan RM4 juta bagi tujuan pembinaan semula kediaman mereka," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini, juga memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai melakukan kerja meninggikan Jambatan Bailey di Kampung Iboi yang rosak pada 30 Ogos lalu.

"JKR selesai melakukan kerja meninggikan struktur itu, satu meter daripada kedudukan asal pada Ahad lalu. Kerja itu perlu bagi memastikan sisa kayu dan sampah yang dibawa arus Sungai Kupang dapat mengalir di bawah jambatan ketika hujan lebat.

"Kita dapat lihat di Gunung Inas, ada kesan torehan, iaitu aliran air yang banyak menuju ke Sungai Kupang. Aliran itu bawa sampah dan sisa kayu sehingga sangkut pada jambatan, jadi air akan melimpah ke tebing menyebabkan penduduk bimbang.

"Jadi kita angkat jambatan satu meter lebih tinggi dan penduduk sudah boleh melaluinya pada Ahad lalu. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sedang melakukan kerja mendalamkan semula sungai ke kedalaman asal kira-kira tiga meter," katanya.

Beliau berkata, kerja mengeluarkan pasir turut dilakukan secara berterusan sebagai sebahagian usaha memastikan bencana aliran puing tidak berulang dan tidak menjejaskan kehidupan penduduk.
https://www.bharian.com.my/berit ... ling-dianggar-rm28j

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058431 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list