CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 4

Lelaki Mati Diserang Kanggaru Peliharaan

[Copy link]
Post time 14-9-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode
BRISBANE, Australia – Seorang warga emas maut diserang seekor kanggaru yang juga haiwan peliharaannya di wilayah rantau Great Southern, negeri Australia Barat, lapor portal berita MailOnline.


Pasukan paramedik  tiba di kediaman lelaki itu di Redmond, dekat Albany malam Ahad lalu selepas mangsa yang berusia 77 tahun, ditemui oleh saudaranya dalam keadaan mengalami kecederaan serius.


Polis dipanggil untuk membantu selepas kanggaru itu menjadi agresif dan menghalang anggota paramedik daripada merawat mangsa yang akhirnya mati secara tragis di tempat kejadian.


Foto: Daily Mail




Lelaki itu dipercayai diserang oleh kanggaru itu beberapa jam sebelum pihak berkuasa tiba.


Polis percaya kanggaru itu adalah haiwan liar  berumur kurang daripada 12 bulan yang  dipelihara oleh mangsa.


“Kanggaru itu menimbulkan ancaman berterusan kepada petugas kecemasan, manakala anggota polis yang tiba terpaksa  membunuh haiwan itu dengan menggunakan senjata api,” kata seorang jurucakap polis.


Perkhidmatan kecemasan masih belum mengeluarkan butiran mengenai kecederaan lelaki itu.


Insiden tersebut merupakan serangan maut kanggaru  pertama di Australia dalam tempoh 86 tahun. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 12:49 PM | Show all posts
kat asia tenggara ramai yg bela monyet.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 01:12 PM | Show all posts
ganas betul kangaroo ni despite it's gentle look
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 01:13 PM | Show all posts
Terinat kes dulu sebelum mamat ni tembak monyet tu dia cakap kat monyet tu baby sayang - ikut cara Mira Filzah cakap
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:36 PM | Show all posts
sebelum ni gajah sekarang kangaroo pun mengganas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.223690 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list