CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 2

8 Maut Sel Bateri Skuter Elektrik Punca Bilik Pameran Terbakar

[Copy link]
Post time 14-9-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Sekurang-kurangnya lapan maut dan 11 lagi cedera dalam kebakaran yang bermula di sebuah bilik pameran skuter elektrik dalam kejadian di bandar selatan Secunderabad, India pada Isnin.


Al Jazeera melaporkan, polis memaklumkan kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah bangunan hotel yang menempatkan sebuah bilik pameran dengan puluhan skuter elektrik.








Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadamkan dan pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan.


“Siasatan awal mendapati wujudnya masalah pada sel dan model bateri yang menjadi antara punca utama kebakaran itu berlaku,” katanya.


Kebanyakan mangsa terkorban dalam kebakaran itu merupakan pengunjung hotel yang maut akibat terhidu asap.


Pasukan polis dan bomba menggunakan kren serta peralatan lain untuk menyelamatkan pelanggan hotel yang terkandas dari tingkat atas bangunan empat tingkat itu ketika kejadian itu.


“Mereka yang menginap di tingkat satu dan dua diselubungi asap serta ramai yang maut adalah dari tingkat berkenaan,” kata Ketua Polis bandar berhampiran Hyderabad, C.V Anand.


Katanya, polis masih sedang menyiasat pengedar dan jenama skuter terlibat dalam kebakaran itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 12:22 PM | Show all posts
Patutlah dah tak nampak orang naikinya sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 12:23 PM | Show all posts
itulah masalah battery fire ni. api dia naik cepat dan susah dikawal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.760162 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list