CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2189|Reply: 13

Aidil Aziz Langsung Tak Kisah Fasha Sandha Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki

[Copy link]
Post time 14-9-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Sentiasa mengamalkan sikap profesional, Fasha Sandha juga tahu untuk menjaga batas apabila bergandingan dengan pasangan pelakon lelaki meskipun suami sendiri iaitu Aidil Aziz turut sama terlibat dalam sebuah drama.


Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mana-mana babak bersama pelakon Zarul Husin dan Afieq Shazwan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku adalah hanya memenuhi kehendak naskhah tersebut.


Foto: IG




“Setiap babak yang saya jayakan dalam drama tersebut adalah mengikut permintaan naskah. Pastinya apa yang saya buat ada batasan dan perlu bersikap profesional.


“Saya perlu respect semua pelakon kerana mereka juga ada pasangan sendiri. Ketika di set saya adalah Datin Safieya (watak dalam drama), tetapi di luar, saya tetap isteri kepada Aidil Aziz,” katanya kepada mStar.


Melakonkan babak-babak romantis dengan gandingan hero, Fasha sedar ia bakal menjadi sebutan dan tidak dapat lari dari kecaman netizen apabila drama itu ditayangkan bermula 23 September ini di aplikasi iQiyi.




  



Bagi Fasha apa lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi jalan cerita drama tersebut kerana ia sering terjadi dalam kalangan masyarakat namun jarang diketengahkan.


“Apabila mula mendapat skrip drama ini, saya melihat ia satu karakter berbeza. Walaupun ada babak yang sedikit ‘daring’ tetapi saya amat pentingkan pengajaran di sebalik drama ini.


“Saya tahu ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas mereka. Saya tidak kisah kerana saya hanya bertugas dan menjayakan watak tersebut atas permintaan naskhah. Perkara begini berlaku dalam dunia,” ujarnya.




  



Drama arahan Ejump Mohd ini memaparkan kisah seorang wanita bernama Datin Safieya (Fasha) yang curang terhadap suaminya Datuk Jefri (Zarul) selepas mengetahui lelaki itu turut melakukan perbuatan sama.


Safieya bertemu dengan Rizal (Afieq) dan menjanjikan kehidupan mewah jika bersetuju menjadi kekasih gelapnya.


  



Sementara itu menurut Aidil yang memegang watak Syahrul iaitu kekasih lama kepada Safieya, dia tidak pernah rasa cemburu akan gandingan isterinya dengan pelakon lain kerana faham tuntutan kerja.


“Saya tidak ada masalah untuk isteri berlakon dengan hero lain kerana saya juga seorang pelakon. Tidak ada rasa cemburu.




  



"Jika ada pun hanyalah kerana saya tidak mendapat watak utama dalam drama ini kerana saya percaya kalau digandingkan bersama ia boleh menjadi lebih menarik.


“Hero-hero dalam drama ini menjadi pasangan kepada isteri saya hanya dalam drama. Selesai penggambaran, Fasha masih isteri saya,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 08:42 PM | Show all posts
sukorrrla dpt laki tak kisah gini kihkih. till neraka
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bini bnyk dpt job..peluk2 pun x kisah, daring atas katil pun ok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sblum ni ada artis pompuan wat statement suami sy xkisah sy berlakon watak penggoda bersentuhan lelaki.Tp lakinya bkn artis tp org dlm industri gak
Now cerai dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Jgn jadi mcm deyna deynel. Laki xboleh. Ngamuk dia perli2 heroin. Tp dia peluk2 gelek2 gedik segala boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dsring time ngan fattah amin bole buT x sennag duduh tgk expressi muke..xyah nka over berdakap2 gesel pon dh nmpk berahi...xyah sentuh sgt la fasha..jaga nama baik laki dan keluarga die
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2022 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun pelakon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik fasha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 03:47 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-9-2022 09:44 AM
Sblum ni ada artis pompuan wat statement suami sy xkisah sy berlakon watak penggoda bersentuhan lela ...

suami mana yg sanggup oooii bila isteri berlakon bersentuhan dgn lelaki lain..mula2 tu ok la ..last2...??
Nak banding dgn suami berlakon dgn wanita lain kat set pun tak tahan, kecuali yg jiwa kental..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Geeayden replied at 16-9-2022 09:25 AM
Dah bini bnyk dpt job..peluk2 pun x kisah, daring atas katil pun ok...

Betul tak henti job berlakon fasha compare si aidil join expo sana sini jual mangga

Ni fasha tgh shoot drama baru dgn adik dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayangkan anak tangan tangan kan

Sayangkan bini tinggal tinggalkan

Sayangkan suami cemburu cemburukan

Sayangkan abang la masak masakkan kari bawang

Suami tak cemburu tak kasi nafkah kat bini itu suami dayus..suami dayus tak ciummmm bau sorga..jgn arap masuk..nk cium bau pun tak dapat

Suami yg suke tgk bini main jantan lain suke tgk bini seksi seksi buat jantan geram suami yg tukar bini for sex ..ni SME jantan dayus..MCM pangai babi..babi DPT betina dia kongsi Ngan jantan lain..tak mcm le coq...ayam jantan..ko sentuh bini aku nahhhhhhh bersilat MCM mat kilau balunnn jantan yg usha betina dia..ni real jantan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:41 AM | Show all posts
Dah laki dia pun tak kisah lantakkan je la.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni setajah tak nk komen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2022 11:49 AM | Show all posts
tapi....anak fasha n aidil ni comel betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.057242 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list