CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cadang denda khidmat sosial, kursus untuk perokok

[Copy link]
Post time 13-9-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode

MOHIDEEN (kanan) dan Pegawai Pendidikan Jabatan Mufti Pulau Pinang Muhammad Rusydan Muhammad Yusuf berbual mengenai larangan merokok mengikut fatwa Islam. FOTO: ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agama di negara ini turut berperanan bagi membendung tabiat merokok terutama dalam kalangan umat Islam.

Walaupun fatwa mengenai larangan menghisap rokok atau tembakau sudah dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia lebih 20 tahun lalu, kebanyakan umat Islam masih mengambil ringan mengenainya.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, isu berkenaan juga perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa terutama dalam kalangan negara Islam.


Katanya, perbincangan mengenainya perlu dibawa ke perhatian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang terdiri daripada hampir 60 negara Islam.

"Sehubungan itu CAP menggesa semua kementerian, agensi dan jabatan berkaitan bersatu bagi menentang tabiat dan produk rokok.

"Penguatkuasaan lebih tegas terhadap larangan di tempat awam perlu dijalankan selain mengenakan denda serta merta seperti ditetapkan undang-undang," katanya pada sidang media di Pejabat CAP Jalan Masjid Negeri, di sini, hari ini.

Pada 2015, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan turut mengeluarkan fatwa yang mengisytiharkan rokok elektronik atau e-rokok sebagai haram.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, kompaun terhadap individu dan hukuman penjara kini tidak lagi sesuai untuk mendidik serta memberi kesedaran kepada masyarakat.

Sebaliknya, denda seperti melakukan khidmat sosial atau menghadiri kursus mingguan mengenai bahaya merokok adalah lebih berkesan dalam mengekang isu itu.

"Individu yang dikenakan denda boleh membayar (kompaun) serta merta tetapi tiada kesedaran mengenainya menyebabkan mereka ulangi kesalahan itu lagi.

"Sebaliknya tindakan yang memberi pendidikan dan kesedaran seperti menyertai kursus atau melakukan khidmat sosial membersihkan padang awam, longkang dan sebagainya adalah lebih baik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ursus-untuk-perokok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.050279 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list