CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perjumpaan 'Top 5' UMNO dalam masa terdekat: Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 13-9-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Perjumpaan 'Top 5' UMNO dalam masa terdekat: Ismail Sabri

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 13 September 2022 01:45pm






Ismail Sabri




GEORGETOWN - Pertemuan lima kepimpinan tertinggi UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, semua keputusan akan dibuat oleh 'top five' UMNO dan jadi kita tunggu sehingga mesyuarat bersama top five diadakan.

"Kita akan buat secepat mungkin, mungkin awal sebelum pembentangan Bajet 2023," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (WCIT 2022) Malaysia di Pusat Konvensyen Setia Spice, di Bayan Baru pada Selasa.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan beliau belum berbincang dengan 'top five' UMNO berhubung tarikh PRU15.

'Top five' UMNO merujuk kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048094 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list