CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 601|Reply: 0

Nak Selesa Belajar, 90 Peratus Murid Tak Pakai Pelitup Muka Dalam Kelas

[Copy link]
Post time 13-9-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 90 peratus murid di Perlis memilih tidak memakai pelitup muka khususnya dalam kelas.


Bagaimanapun, mereka memakai pelitup muka apabila berada di lokasi ramai seperti di kantin atau semasa mengikuti perhimpunan.


Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis di sini mendapati, kebanyakan murid memilih tidak memakai pelitup semasa pembelajaran dan mereka kelihatan lebih selesa.




Foto: Utusan/Media Mulia




Mengambil kira sekitar 30 orang di dalam setiap kelas itu, sekurang-kurangnya lima murid daripada jumlah tersebut kekal memakai pelitup muka.


Tinjauan di beberapa buah sekolah lain sekitar negeri ini pula mendapati, kebanyakan murid dilihat memilih memakai pelitup muka semasa dihantar ibu bapa ke sekolah.


Seorang murid dari SK Seri Indera, Sharifah Amina Syed Azlan,12, berkata, dia memilih tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam kelas kerana lebih selesa apabila belajar.


Katanya, di kawasan ramai seperti kantin dan apabila datang dan pulang dari sekolah. dia memakai pelitup muka kerana pada waktu itu sesak.


“Saya lebih selesa tidak memakai pelitup muka khususnya apabila berada di dalam kelas. Keselesaan di dalam kelas itu penting apabila kita sedang dalam proses pembelajaran. Di kawasan-kawasan lain mungkin tidak mengapa untuk terus kekal memakai pelitup muka.


“Bagaimanapun, saya tetap berwaspada dengan akan memakai pelitup muka apabila berada di tempat ramai orang,” katanya.


Sebelum ini, media melaporkan, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan sebaliknya mengikut pilihan masing-masing.


Ketetapan baharu itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin selain menambah pemakaian pelitup muka masih digalakkan dalam sekolah terutama di tempat yang ramai orang.




90 peratus murid memilih tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam kelas susulan kelonggaran yang diberikan Kementerian Pendidikan yang tidak lagi mewajibkan pemakaiannya di kawasan sekolah.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN





Bagaimanapun, kata Radzi, murid-murid yang menaiki bas sekolah diingatkan sentiasa memakai pelitup muka.


Sementara itu, seorang ibu, Fazima Dimat,34, berkata, dia tetap membekalkan pelitup muka kepada anaknya yang berusia enam tahun apabila pergi ke sekolah.


“Di dalam kelas mungkin tidak mengapa tidak pakai kerana ia lebih memberi keselesaan kepada kanak-kanak ini apabila belajar. Apabila waktu datang dan balik sekolah saya akan pastikan anak saya pakai pelitup muka,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.955721 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list