CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 2

Video Gaduh Guna Senjata Api Tak Benar, Gaduh Sebab Sewa Rumah Naik

[Copy link]
Post time 13-9-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial Facebook pada Isnin didakwa berpunca daripada pertikaian kenaikan sewa rumah antara pihak penyewa dan pemilik.


Sebelum itu, sebuah akaun yang dikenali sebagai Kelab Info Malaysia memuat naik video berdurasi 19 saat memaparkan insiden yang berlaku di Pasir Mas sehingga tular.








Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, maklumat tersebut hasil siasatan lanjut yang dilakukan ke atas individu terlibat.


"enyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak.


"Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.


Beliau berkata, dalam insiden yang berlaku pada Ahad itu tiada sebarang kecederaan serius dialami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat.


Katanya, hasil perbincangan yang telah diadakan kedua-dua belah pihak mengakui kesilapan masing-masing dan tidak berhasrat untuk meneruskan kes dan mahu menyelesaikan secara baik.


Mohd Nasaruddin berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah menyebarkan sebarang berita atau perkara yang tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan dan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat.


"Sekiranya terdapat maklumat berhubung sesuatu insiden jenayah, orang ramai diminta supaya menghubungi IPD Pasir Mas ditalian 09-793 2222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan lanjut," katanya.


Sinar Harian pada Isnin melaporkan sebuah video tular di laman sosial Facebook yang didakwa berlaku pergaduhan melibatkan senjata api adalah tidak benar.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ia tidak melibatkan senjata apa sebagaimana dakwaan di Facebook.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 10:10 AM | Show all posts
artikel tanpa video pun x syok jgk


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 10:51 AM | Show all posts
kumpulan kita jangan berpecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.521073 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list