CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 0

Tentera Laut AS Sekat 24 Video Penampakan UFO Kerana Memudaratkan Keselamatan Negara

[Copy link]
Post time 13-9-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) didakwa menyekat pelepasan sebilangan klip video memaparkan kemunculan objek terbang tidak dikenali (UFO) kerana dianggap ‘memudaratkan keselamatan negara’, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Ketua-ketua tentera dikatakan memegang sekurang-kurangnya 24 video UFO yang tidak dapat dijelaskan yang belum pernah dilihat oleh orang ramai.


Ia berkaitan dengan 19 penampakan berasingan pada separuh kedua tahun 2019.




The Independent




Sebuah laman web yang menumpukan penyiasatan UFO membuat permintaan untuk menyiarkan video itu kepada orang awam.’


“Pengeluaran maklumat ini akan membahayakan keselamatan negara kerana mungkin membekalkan maklumat berharga mengenai operasi Jabatan Pertahanan, Tentera Laut kepada musuh mengenai kelemahan dan/atau keupayaan.


“Tiada bahagian video yang boleh diasingkan untuk dikeluarkan,” kata timbalan pengarah Akta Kebebasan Maklumat Tentera Laut, Gregory Cason.


Menurut Cason, pihaknya telah menyahklasifikasikan tiga video yang memaparkan pertemuan antara juruterbang dan Tentera Laut Top Gun serta fenomena udara yang tidak dapat dikenal pasti yang didedahkan kepada orang awam dua tahun lalu.


Beliau berkata, ketua-ketua tentera menganggap tindakan itu tidak boleh dilakukan ‘tanpa merisikokan keselamatan negara’.


Bagaimanapun, ketua laman web The Black Vault merancang untuk membuat rayuan mengenai video tersebut.


Perbalahan itu berlaku ketika Kerajaan AS menyiasat 144 laporan pertembungan antara juruterbang tentera dan objek terbang misteri.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.103601 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list