View: 756|Reply: 1
|
'Dia Cakap Dicekik, Dupukul' - Saksi Dakwa Nampak Kesan Lebam Pada Tubuh Emelia Hanafi
[Copy link]
|
|
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa dia melihat kesan lebam pada tubuh badan Emelia Hanafi semasa wanita itu membuat laporan berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, tujuh tahun lalu.
Saksi pendakwaan kelima, Koperal Mahmood Riad Mohd. Noor, 47, yang ketika itu bertugas di Balai Polis Sri Hartamas di sini berkata, kesan kecederaan itu dilihat semasa Emilia berada di balai polis pada 23 November 2015.
“Semasa saya mengambil laporan polis wanita tersebut (Emelia), saya nampak kecederaan di tubuh badan dengan jelas. Terdapat kesan lebam, tetapi saya tidak ingat di bahagian mana,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya.
Bercerita lanjut, semasa memberi keterangan, saksi itu memberitahu, semasa Emilia ke balai, wanita itu menangis selain memaklumkan dia dicekik di leher serta dipukul.
Emilia (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, baru-baru ini
Bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengingati kesan lebam secara terperinci (bahagian tubuh) dan kecederaan yang dialami mangsa.
Terdahulu, saksi itu memberitahu, semasa beliau mengambil laporan daripada Emilia, beliau baru mengetahui wanita tersebut adalah isteri Datuk SM Faisal dan namanya Datin Emelia Hanafi (ketika itu).
“Datin datang ke kaunter pertanyaan untuk membuat laporan polis berkaitan dirinya dipukul suami. Saya membawa Datin (Emilia) ke bilik Triaj (Triage Service) dan memintanya mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Semasa prosiding, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria saksi dirujuk dengan gambar kecederaan mangsa semasa hari kejadian dan beliau memberitahu terdapat kesan lebam di tangan kanan dan kiri serta mata wanita itu.
Disoal Zahida mengenai perempuan yang dimaksudkan dalam pernyataan saksinya dan Mahmood Riad yang kini bertugas di Bahagian Pusat Kawalan Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur menjawab ‘Datin Emilia Hanafi’, sambil mengecam Emilia yang berada di mahkamah hari ini.
Sementara itu, dalam pemeriksaan balas oleh peguam SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa dia menerima laporan polis ini yang dibuat Emelia.
Mahmood Riad juga turut bersetuju dengan peguam bahawa seorang lagi anggota polis di balai polis yang sama telah mengambil laporan yang dibuat oleh SM Faisal pada tarikh sama (23 November 2015) selain turut bersetuju pegawai penyiasat yang dikenali sebagai Puan Rosnani telah menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Emilia dan SM Faisal.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung lagi Rabu ini.
Mengikut pertuduhan, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, yang merupakan isterinya (ketika kejadian) di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kat emilia ni.. Dah laa terkial2 pertahankan hak dan maruah kena pijak2 dek laki jantan xguna.. Yang si notelo aman2 ke sana ke sini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|