CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 918|Reply: 7

Najib Sihat Sebelum Dibenar Discaj Dari Hospital

[Copy link]
Post time 13-9-2022 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan sihat ketika dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 9 September lalu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.




Twitter Noor Hisham




Menurut beliau, pemeriksaan dan ujian berkaitan dijalankan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.


Noor Hisham berkata, ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj dari HKL.


Katanya, jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan, turut dimaklumkan.


Kata beliau, keadaan Najib juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.


“KKM ingin memaklumkan bahawa kami komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).


“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan Mahkamah,” tegasnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2022 07:48 AM | Show all posts
Semoga DSNR sihat untuk teruskan perjalanan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka cara dr nor hisham jwp, profesional.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 10:10 AM | Show all posts
ok fine,..dh boleh masuk jail balik
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 10:14 AM | Show all posts
sangbara2020 replied at 13-9-2022 10:10 AM
ok fine,..dh boleh masuk jail balik

Jail ke rumah persinggahan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 11:13 AM | Show all posts
alhamdulillah...semoga DSN sihat selalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2022 11:16 AM | Show all posts
Pegilah repot suhakam
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
byk songeh sampai nk kena statement from digi. ulcers je pon. hish.. brapa taun lg nk ngadap katenah die ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.498629 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list