Sumber IG
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick mengakui sekali gus memohon maaf kerana menyanyi secara 'miming' ketika membuat persembahan di pentas berprestij Anugerah Insudtri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung malam Ahad.
Menerusi hantaran di IG, Janna menjelaskan perkara itu tidak disengajakan kerana keadaan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya selepas dijangkiti Influenza B dua minggu lalu.
"Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij AIM23.
"eluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
"Ketika kali pertama ditawarkan, saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu," katanya.
Walaupun dalam keadaan kesihatannya yang masih kurang baik, jadualnya yang padat menyebabkan Janna terpaksa meneruskan urusan kerja walaupun doktor sudah menasihati agar dia mengambil masa untuk berehat.
"Saya meneruskan penggambaran Melastik Ke Hatimu 2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati doktor untuk berehat.
"Tanpa saya sedar, pilihan saya memakan diri. Segala kesulitan amat saya kesali," katanya yang turut berterima kasih kepada beberapa individu yang berusaha keras untuk memulihkan suaranya.
Terdahulu, Janna menerima kecaman teruk daripada netizen yang tidak bersetuju nyanyian secara 'miming' dilakukan apatah lagi ia berlaku di pentas acara besar seperi AIM. -CARI
|