CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1439|Reply: 13

Papar Topik Taboo, Afieq Shazwan Harap Tak Dikecam Bawa Watak 'Sugar Baby'

[Copy link]
Post time 11-9-2022 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan berharap watak 'anak ikan' atau 'sugar baby' dalam drama bersiri, Rampas Cintaku yang akan ditayangkan secara global di 191 negara menerusi platform penstriman, iQIYI akan diterima baik penonton.


Afieq berkata, watak itu adalah kali pertama dijayakan dan mempelajari banyak perkara mengenai dunia terbabit yang masih wujud dalam kehidupan seharian.




IG Afieq




"Saya cuba menyahut cabaran ini dan berharap tiada pihak akan mengecam kalau ada babak yang tidak menjadi. Saya pun belajar melalui pengalaman orang-orang yang ada di luar sana kerana saya suka bertanya.


"Jadi, saya cuba selami kehidupan itu dalam diri saya seandainya itu adalah dunia saya sekarang. Saya akui sepanjang menjalani penggambaran saya belajar banyak perkara," katanya.


Rampas Cintaku yang akan menemui penonton bermula 23 September ini memaparkan realiti kehidupan sesetengah perkahwinan dan percintaan.


Drama siri original tempatan iQIYI itu adalah drama Melayu yang jarang memaparkan topik 'taboo' seperti hubungan 'sugar baby-sugar mama' atau 'anak ikan', sambil menonjolkan realiti yang kurang dibincangkan secara umum seperti pemerkasaan wanita dan pengorbanan generasi muda yang kurang bernasib baik terhadap orang tersayang.


Menurut Afieq, bekerja di samping pelakon terkenal, Fasha Sandha turut memudahkan dia menjayakan watak Rizal.




iQIYI




"Bekerja dengan Fasha adalah pengalaman paling hebat walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain.


"Kami banyak babak bersama dan saya seronok sepanjang bekerja dengan Fasha yang sudah dianggap seperti kakak. Malah suaminya, Aidil Aziz turut membintangi drama ini.


"Tahap rapat saya dengan Fasha sampai kami saling berhubung setiap kali nak pergi kerja. Dia adalah pelakon yang mudah untuk bekerja dan kami cepat cipta keserasian di set penggambaran," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2022 08:55 PM | Show all posts
anak ikan yg belum cukup zat..better ambik skali aiman tino or bdk mail...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia masa kecik2 nmpk comel..bile dah beso gigeh menyadokam diri pon thetap sendu eh….xde wow factor utk kekal relevan..xpe la dekkk.. nextttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cm xkene je die jadi sugar bby
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hun tu sesuai..heehe.tasty..marqeen muda sangat..tapi ok kot afieq nie dia pandai berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yihhhhhh
tak terinzal jadik gulaboi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2022 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 12-9-2022 12:41 AM
Kalau hun tu sesuai..heehe.tasty..marqeen muda sangat..tapi ok kot afieq nie dia pandai berlakon..

Klau hun, i pon nak. Lg sorang shafiq tee. Skrg dah kena ikat dgn ayah kot sbb buat hal. Hun pon kureng dah sejak video bertebaran . Tp both ni fit la as ank ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 01:35 AM | Show all posts
kalau gini lah rhoper sugar baby... max datin2 akan bayar pun 50 hengget je dikkkk... tu pun datin suruh kau bancuh kopi je... nak geli2 pun tak selera... baik datin tu buka phone jengah shopee cari patung life size yang rhoper ala2 francischo lachowski gittuhhh... lepastu booking ko untuk sehari lagi masa patung tu sampai... supaya ko boleh tolong unbox dan bawakkan patung tu naik atas untuk datin gersang tu melambung sampai syiling...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2022 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 12-9-2022 01:22 AM
Klau hun, i pon nak. Lg sorang shafiq tee. Skrg dah kena ikat dgn ayah kot sbb buat hal. Hun pon k ...

Yess..syafiq tee..tasty juga . baru selera nak tengok..bam jul dah sooo yesterday..jul who
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 01:40 AM | Show all posts
Nozot replied at 12-9-2022 12:41 AM
Kalau hun tu sesuai..heehe.tasty..marqeen muda sangat..tapi ok kot afieq nie dia pandai berlakon..

khen... kalau syafi tee... hun haqeem... meer qeen... fadzlam hazim...
yang ni herlokkkkk memang takde sape akan kecam gittuhhh.... kalau anak gula in real life pun... janji herlokkk kita kena laa maafkan.. mungkin tua2 nanti deorang boleh bertaubat... biasa la muda2 naif dan perlukan duit...

silap2 acik2 marhaen tengok drama tv3 tu pun gigih nak membooking siap gadai tanah... gadai barang kemas yang tak habis bayar ansuran lagi... dan pakat2 open group main kutu untuk kumpul duit demi nak langgan anak gula herlok agitttuhh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cenggini rupa anak ikan..
Alahai...
Kesian sapa yang langgan neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 10:41 AM | Show all posts
ayoo dah x ada pelakon lain ke...kecik sgt laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain afiq nk highlight kan diri sndri eh. Mst die bangga dpt bwk watak sugar baby tu. Mne la tau skali netizen kecam plak ...muka x selayak jadi sugar baby. Hehehe ape la prasaan afiq eh
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 03:40 PM | Show all posts
Anak ikan camni.. xberbaloi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056310 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list