CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kedah] Air pasang besar, feri ke Langkawi tak terjejas

[Copy link]
Post time 11-9-2022 05:14 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Perkhidmatan feri ke Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah tidak terjejas walaupun berlaku fenomena air pasang besar, hari ini.

Tinjauan di kawasan parkir terminal feri itu mendapati, banyak kenderaan ditenggelami air laut pada sekitar jam 1 tengah hari tadi, sebelum surut sejam kemudian.

Pegawai Operasi Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Aziz, berkata empat trip perjalanan feri hari ini bermula jam 12 tengah hari, 1 tengah hari, 2.30 petang dan 4 petang beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata, air pasang besar berlaku pada jam 1 tengah hari tidak menjejaskan pengoperasian feri kedua membabitkan 196 penumpang kerana feri mampu bergerak ketika air pasang.

"Feri hanya mempunyai masalah dan terjejas sekiranya air surut dan kurang dari 1.6 meter air laut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Azizan berkata, penumpang feri boleh meneruskan perjalanan seperti biasa ke terminal dan keadaan paras air laut kini kembali normal.

Sementara itu, peniaga makanan, Maizatul Akmal Abas, 35, berkata setiap kali berlaku kejadian air pasang, air laut akan masuk ke dalam kedai makannya yang terletak hanya 80 meter dari pantai.

Katanya, dia akan mengangkat barangan dan perkakasan berniaga ke tempat lebih tinggi kerana bimbang dihanyutkan air laut.

"Air laut masuk lebih cepat ke dalam kedai dan jika kejadian itu pada waktu malam, saya memang tak sempat berbuat apa-apa.

"Tetapi jika siang seperti hari ini, saya bersedia lebih awal. Jika paras air laut tidak beralun, saya berniaga seperti biasa, tetapi jika ombak beralun tinggi, saya terpaksa menutup perniagaan," katanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail pula berkata, sebanyak 30 rumah dan gerai jualan barangan makanan serta kedai makan di sekitar Kuala Kedah terjejas akibat dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.

Beliau berkata, bacaan paras air laut hari ini adalah 2.95 meter melebihi dari ramalan iaitu 2.9 meter pada jam 1.22 tengah hari.

"Pemantauan dilakukan di kawasan Jeti Kuala Kedah, Pasar Marina Kota Nelayan dan Jalan Tok Pasai bermula jam 12.25 tengah hari hingga 2.30 petang tadi.

"Paras air menunjukkan peningkatan kesan air pasang besar hingga menyebabkan rumah penduduk dan gerai di kawasan itu terjejas, namun keadaan masih terkawal.

"Tiada angin dan hujan ketika air pasang besar berlaku ketika itu," katanya.


Anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di rumah penduduk berhampiran pekan Kuala Kedah yang dinaiki air akibat fenomena air pasang besar. - NSTP/Zuliaty Zulkiffli

https://www.bharian.com.my/berit ... ngkawi-tak-terjejas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27769 Replies : 769
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 998 Replies : 2
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 11826 Replies : 191
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25593 Replies : 174
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 909 Replies : 0
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 33058 Replies : 241
Staf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
stingerkentotStaf Cari Forum dah didaftarkan ke tak?
Views : 2361 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.318490 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list