CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Siasat Hadi bayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report'

[Copy link]
Post time 9-9-2022 08:11 PM | Show all posts |Read mode
'Siasat Hadi bayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report'

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 9, 2022 @ 6:28pm  bhnews@bh.com.my





Ramkarpal (kiri), Syerleena (tengah) dan Rayer mengadakan sidang akhbar di Wisma DAP hari ini. - NSTP/Aminah Yusof




GEORGETOWN: DAP Pulau Pinang memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan bayaran RM1.4 juta dibuat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown pada 2019.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, berkata beliau selaku peguam mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid membuat laporan di pejabat SPRM negeri berhubung isu itu, semalam.

"Aduan itu dibuat Syerleena bagi menuntut siasatan dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. - NSTP/Luqman Hakim Zubir

"Kes itu boleh juga disiasat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana wang berkenaan tidak diisytiharkan mengikut Akta Cukai Pendapatan," katanya pada sidang media di Wisma DAP di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

Rayer berkata, pihaknya diberi notis SPRM untuk tidak mendedahkan butiran lanjut laporan yang dibuat semalam sehingga siasatan kes berkenaan disempurnakan.

"Kita tidak membuat sebarang tohmahan atau tuduhan tetapi menuntut perkara ini disiasat SPRM.

"Selain itu, kerana kes masih dalam siasatan tidak banyak yang boleh didedahkan, tetapi tujuan kami adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa laporan dibuat berkenaan perkara itu," katanya.

Sementara itu, Syerleena berkata, beliau dan Rayer hadir di pejabat SPRM selama kira-kira tiga jam bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut mengemukakan bukti dalam bentuk dokumen.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055210 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list