CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2069|Reply: 22

Lagu Kebangsaan, Duit, Setem Dan Banyak Lagi Akan Berubah Bila Charles Naik Takhta

[Copy link]
Post time 9-9-2022 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Daripada lagu kebangsaan kepada nota, syiling, setem, peti pos, pasport dan banyak lagi aspek kehidupan di Britain akan berubah dengan Charles yang naik takhta sebagai raja.


Kemangkatan Ratu Elizabeth II bermakna perubahan kepada nama institusi di seluruh Britain dan negara Komanwel yang lebih luas.




Forbes




Sementara itu, imejnya pada mata wang dan tanda kebesaran juga akan diganti dengan imej raja baharu.


Imej raja baharu itu akan mula muncul pada syiling dan wang kertas di Britain dan di seluruh dunia.


Malah, imej itu juga muncul pada beberapa mata wang termasuk bahagian hadapan syiling dolar Caribbean Timur, Kanada, Australia dan New Zealand.


Semasa pemerintahan Raja Edward VIII selama 326 hari, syiling percubaan dikeluarkan, namun baginda turun takhta sebelum syiling untuk edaran awam ditempah.


Semua setem British memaparkan kepala raja seperti syiling, menghadap ke arah lain daripada pemerintah sebelumnya.


Lagu kebangsaan Britain bertukar kepada 'God Save the King' dengan lirik versi lelaki yang mungkin pada mulanya menarik perhatian ramai orang kerana tidak dinyanyikan sejak 1952.


Ia juga adalah lagu kebangsaan di New Zealand dan lagu diraja di Australia dan Kanada.


Perkataan pada bahagian dalam pasport British juga perlu dikemas kini kerana ia dikeluarkan atas nama ratu yang juga ada dalam pasport Australia, Kanada dan New Zealand.


Pembukaan parlimen akan menampilkan titah ucapan raja daripada takhta yang menggariskan agenda kerajaan.


Pengawal ratu yang biasanya dilihat ditempatkan di luar Istana Buckingham akan menukar namanya.


Dalam undang-undang, peguam kanan akan bertukar daripada QC (Peguam Permaisuri) kepada KC, (Peguam Raja), manakala Bahagian Bangku Permaisuri Mahkamah Tinggi juga kembali kepada raja.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2022 01:35 PM | Show all posts
Edited by ezacbee at 9-9-2022 03:10 PM

Goodbye mummy...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibe charles mati plak waktu terdekat..
Dah nak tuko muka william
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bijak langsung buat ni semua berdasar current ruler. Eh kau buatlah timeless supaya bila raja mati tak perlu nak tukar2.. benda boleh jimat korang pilih nak bazir. Bila rakyat bising nak tukar republik, tau pulak sentap.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi. ptt lantik teros yg muda. dh ler ekonomi tak brp nk cantik. kne pulak berabih byk semate nk tepek muke king baru
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:29 PM | Show all posts
nanti dia buat tour dtg sini kita pun kena keluar duit sambut dia.pastu kena mengadap muka hodoh bini dia.aku nak lady diana.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Membazir nya buat camtu..bior jelah orang yang dah jadi sejarah buh dalam syiling dan kertas tu. Kot la charles tu tahun depan mangkat. Dahhh kena ubah balik
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 9-9-2022 02:48 PM

Adoi baru nak tukar sikit2 duit NZ konon nak gi sana tahun depan. Harap2 mereka maintain note yg ada muka kuin . Kang tukar awal2 tak laku pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2022 02:50 PM | Show all posts
JunkMail replied at 9-9-2022 02:12 PM
Tak bijak langsung buat ni semua berdasar current ruler. Eh kau buatlah timeless supaya bila raja ma ...

bukan depa tak bijak. ini lah definisi kebesaran takhta pemerintah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:53 PM | Show all posts
Wah macam gini kena tukar balik duit paun sterling.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 9-9-2022 02:50 PM
bukan depa tak bijak. ini lah definisi kebesaran takhta pemerintah tu.

Well... Untuk general public ianya tetap tindakan tidak bijak. So untuk menunjukkan kehebatan takhta kena buat pembaziran di kala ekonomi meruncing? Harga makanan mahal etc etc..

Benda boleh ubah, kenapa nak ikut tradisi yang membazir. Masa ni lah nak beli jiwa rakyat yang tengah down...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 02:55 PM | Show all posts
Queen yg harungi WW2,dan segala macam peristwa di Eropah sampai Covid-19. wow  jugaklah, yg i best tengok speech dia yg suruh rakyat dia bertahan masa Covid19 tu...one of her best last speech.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:02 PM | Show all posts
JunkMail replied at 9-9-2022 02:54 PM
Well... Untuk general public ianya tetap tindakan tidak bijak. So untuk menunjukkan kehebatan takh ...

What to do? Dunia marhaen dengan dunia orang kaya dan berkuasa hakikatnya memang berbeza.Tu salah satu cara untuk tunjuk pengaruh. Semakin besar pengaruh kau, semakin tinggi kedudukan kau (dalam dunia depa lah).

Ibarat orang kaya beli benda mahal tapi design huduh, bukan taste dia bunguk (atau mungkin juga taste dia mmg takat tu ), indirectly nak tunjuk, dia punya kaya, benda huduh tak berguna harga juta2 pun dia boleh beli begitu saja.


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:06 PM | Show all posts
Ingatkan lagu je yang kena tukar, sekali duit dan pasport pun kena tukar? Menyusahkan. Tak pasal-pasal negara lain pun terbabit sama. Tak tahu berapa lama Charles duk atas tu, nanti dah kena tukar balik ke muka William.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:10 PM | Show all posts
Duit kertas memang selalu kena reprint. Malaysia ni asal tukar gabenor bank negara duit pun tukar acik2 ja yang tak perasan sibuk pulak pasal Britain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 9-9-2022 02:12 PM
Tak bijak langsung buat ni semua berdasar current ruler. Eh kau buatlah timeless supaya bila raja ma ...

Ada orang Komen mak Pak Charles hidup into their 90s. First cousins queen semua hidup lagi into their 80s masih sihat..so conclusionnya diaorg ada harapan hadap Charles for next 15 years..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2022 03:48 PM | Show all posts
hishh membazir nye lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 9-9-2022 02:20 PM
rugi. ptt lantik teros yg muda. dh ler ekonomi tak brp nk cantik. kne pulak berabih byk semate nk te ...

Rugi tuk chuolss tp heols x kesahn pong..demi kuasa n system dia mcm tuh..bkn duit lama muke QE xleh pakai pong..valid jek…even dah brexit pong nilai £ masih lg tggi drpd € sis…ni kan lg PM baru kt sana x tau mcm ne…sadik khan tu mayor londongg pon buat kota londong mcm haremm… dgn ccz n ulez bagai…jln 2 lane krete jd 1 lane..tutup jalan under maintenance tp xde wt kje.. harta karun kt sana byk sisss…7 keturunan x abis..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 05:14 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-9-2022 03:10 PM
Duit kertas memang selalu kena reprint. Malaysia ni asal tukar gabenor bank negara duit pun tukar ac ...

kannnn.. ntah apa2 gelabah membazir bagai
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 05:28 PM | Show all posts
j3m4h replied at 9-9-2022 03:59 PM
Rugi tuk chuolss tp heols x kesahn pong..demi kuasa n system dia mcm tuh..bkn duit lama muke QE xl ...

Ok kalau boleh still pakai duit lama. I masih ada bbrp helai notes mula queen.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072751 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list