View: 5130|Reply: 62
|
Empat Tahun Senyap, Juliana Evans Kembali Berlakon
[Copy link]
|
|
Che Puan Juliana Evans, 33, tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni, meskipun ramai beranggapan dia sudah tidak perlu berlakon kerana status yang dimiliki.
Juliana berkata, dia membesar dalam dunia seni dan berlakon merupakan antara perkara yang membahagiakannya, selain menikmati kehidupan bersama keluarga tercinta.
Foto: IG
“Saya tidak boleh berhenti berlakon. Seluruh hidup saya habiskan dalam dunia seni. Saya bermula sejak kecil, jadi untuk tiba-tiba berhenti berlakon, itu mustahil.
“Menerusi dunia seni, saya menimba ilmu dan matang dengan pengalaman. Saya tidak boleh lepaskan semua ini. Berlakon buat saya bahagia dan gembira.
“Masa kita berkurung kerana pandemik Covid-19 , saya cuba untuk merehatkan diri daripada dunia seni. Tetap, bosan juga sebenarnya. Saya pula jenis yang sukakan cabaran,” katanya.
Ibu kepada Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 4, itu ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Cikgu vs Hantu yang merupakan arahan pertama sahabat baiknya, Liyana Jasmay.
Juliana yang membawakan watak Cikgu Syima bergandingan dengan pelakon hebat lain antaranya Datuk Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Zahiril Adzim.
Dalam pada itu, Juliana berkata, dia sudah mula kembali aktif berlakon menerusi penglibatan dalam drama bersiri dan telemovie selepas berehat hampir empat tahun.
“Sekarang, saya sudah mula memilih naskhah yang dirasakan lebih mematangkan saya dalam industri. Boleh pilih skrip dan menyusun masa dengan baik.
“Untuk filem Cikgu vs. Hantu ini, semestinya Liyana adalah sebab utama saya terima tawaran. Tetapi, karakter Cikgu Syima juga menarik dan berbeza,” ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik sheols ni...perwatakan yang disenangi ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Takde yang nak kecam ke nama anak sheol panjang kemain? Mesti tak kecam sbb kayangan kan.
Btw sheols elok jugak terus berlakon. Takde la kahwin je terus senyap, artis2 banyak dah cerai baru kerja balik. Kalau macam ni okay la sentiasa ada projek |
|
|
|
|
|
|
|
Wah hopefully buat comeback. Minat dia ni cantikk |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kahwin kerabat dan bawa gelaran che puan bolehlah rehat2,tp syg laki kerabat yg papa kedana. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok jue sekarang dh kurang menarik x tau lah nak cakap macamana.btw dia ni memang aktive je lah belakon korang je x perasan
|
|
|
|
|
|
|
|
No wonder... Iolls pun pelik kenapa nak berlakon semula..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang belakon dalam cerita Netflix pasal perempuan tu, tu best sheols blakon. Suka sheols dlm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp i nmpk muka dia dah haggard. Nmpk x selawa dlu n tua. Lain la klau compare dgn mix kokesen yg lain mcm emma, DD still lawa |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna: aku tengok jue sekarang dh kurang menarik x tau lah nak cakap macamana.btw dia ni memang aktive je lah belakon korang je x perasan
ye mmg.. aku rasa dia dh lain dh.. bila dia blakon tu xde rasa minat nk tgk dh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoshhi at 8-9-2022 02:43 PM
Sheolls cantik. Gambar atas sekali mcm barbie doll dah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoshhi at 8-9-2022 02:45 PM
Muka dia nampak tua sikit tapi cantik la nak banding dgn kokesen yg lain. Hidung pun mancung. Emma maembong tu hidung kembang. Emma tu cantik sebab dia putih melepak je. Tapi emma tu mcm low class gitu. Pakai apa pun xde wowwww sebab dia ketot kot |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia keje apa?
pelik pulak pelakon klu dah kawin kerabat tetiba nak berlakon balik. ada bau2 udang bau2 ikan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
dejure replied at 8-9-2022 02:16 PM
Ingat kahwin kerabat dan bawa gelaran che puan bolehlah rehat2,tp syg laki kerabat yg papa kedana.
maksudnya?
laki sheols kje apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Addrianna replied at 8-9-2022 02:23 PM
aku tengok jue sekarang dh kurang menarik x tau lah nak cakap macamana.btw dia ni memang aktive je l ...
Not as wow as last time ek? Anak tengah kasak. Gitu lah mak mak. |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 8-9-2022 06:38 AM
laki dia keje apa?
pelik pulak pelakon klu dah kawin kerabat tetiba nak berlakon balik. ada bau2 ...
Syamim farid ok jer berlakon
Walau laki banyak duit
Sebab minat kot... |
|
|
|
|
|
|
|
nama anak takmo buh lagi empat perenggan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
anak dia muka biasa2 je. meols expect muka mcm anak emma nak berlakon ok je tp jgn cam mira basic sikit2 nanges tinggal anak. drama sangattttt |
|
|
|
|
|
|
|
armin: Takde yang nak kecam ke nama a ...
Hahahah
Nama2 kerabat mmg panjang kan
Maklum nk masok name atok nenek nenek sedare smua nk ltk sbg appreciation
Name anak die yg omputeh tu je kot |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti org ingat hidup tai tai tak pyh keje
Maybe jue bosan kot tu yg nak aktif balik
Sheols belakon pun not bad jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|