CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6051|Reply: 65

"Nak Kata Perangai B40, Kamu Naik Estima,"- Makcik Dituduh Curi Pokok Bunga Di Floria Diraja Putrajaya 2022

[Copy link]
Post time 8-9-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Festival mempamerkan pelbagai spesis bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang awam.


Namun, apabila peluang masuk ke pameran diberi secara percuma, ada pula individu yang didakwa mengambil kesempatan dengan membawa pulang pokok-pokok hiasan tanpa izin.


Foto: Twitter




Lebih membangkitkan kemarahan netizen apabila seorang individu berkongsi sekeping foto menunjukkan sekumpulan pengunjung mengambil pokok-pokok berkenaan pada Rabu.


“Orang tak habis lagi melawat Floria tu, kamu semua dah start kutip pokok bunga bawak balik,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.










Malah, dikatakan bahawa pengunjung yang mengambil bunga tersebut sebagai golongan berkemampuan setelah melihat pada kenderaan mewah dinaiki mereka.


Tegasnya, pengunjung tersebut tidak memahami akan konsep pameran percuma.


“Nak kata perangai B40, kamu naik Estima.


“Free entry, bukan free pokok bunga,” katanya lagi.


Berdasarkan gambar dikongsikan lelaki itu, kelihatan seorang wanita sedang memasukkan beberapa pokok ke dalam but kereta.


Hantaran asal bagi ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi dan perbalahan dalam kalangan netizen di Twitter.


"Benda ni berlaku dari floria dulu lagi. Penganjur dah lama sound. Setiap kali buat setiap kali sound tapi entahlah. Rakyat jenis pekak tuli dan buta hati.


“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencuri! Meluat betul. Tersangat kecewa orang tiada common sense, selfish, dan tiada kesedaran kendiri.


“Geramlah. Makin lama ada saja wakil yang akan tunjuk perangai macam ni," komen netizen.


Bagaimanapun, seorang pelayar tampil mendakwa dia merupakan anak kepada wanita itu dengan menyangkal dakwaan dibuat.




Jelas lelaki itu dalam membela ibunya, kenyataan menuduh si ibu mengambil pokok di festival tersebut merupakan tuduhan meluru tanpa usul periksa.


"Woi ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual dengan resit lagi bukan main kutip saja.


"Hangpa semua memang b*b* mulut puaka tak ada insurans. Tanpa tanya terus nak conclude," kata lelaki tersebut.


Selain menjelaskan perkara itu demi menghentikan tanggapan buruk pada ibunya, lelaki ini turut membuat satu hantaran lain menunjukkan resit pembelian 25 jenis pokok tersebut dengan harga RM150.








Semakan di ruangan komen mendapati netizen mula mempercayai bahawa pokok itu dibeli dan meminta agar lelaki ini menyaman atau membuat laporan polis terhadap lelaki yang menyebar berita tidak betul itu.


"Dah boleh buat kes saman dah ni. Boleh dapat lebih dari jumlah beli pokok tu siap boleh lebi banyak lagi lepas ni.


"Kalau betul ni legit dan benar sebenar-benarnya, saman saja yang sebar fitnah tu. Tangkap layar semua ciapan dia, Tweet asal dan tweet keras kepala pada replies lain. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua," balas netizen di ciapan itu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Resit pon boleh tipu jugak.....apedehal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:01 PM | Show all posts
Saman je mulut puaka tu..
Sekarang ni fitnah memang berleluasa.
Kebanyakan orang pulak terus percaya cerita sebelah pihak.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:02 PM | Show all posts
Dekat sana memang ada jual bunga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:09 PM | Show all posts
Mmg ade booth jualan bunga ler

bukan setakat pameran jer

nak fitnah pun agak2 ler
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:11 PM | Show all posts
owner jual pokok pon dh sahkan.. mmg mak dia beli... yg tukang buat status tu, buat dono je.. delete status pon x.. limitedkan reply je.. 1st time agaknya tweet meledak.. syg nk delete.. tp xtau la kalau skang ni dh delete
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 8-9-2022 12:09 PM
Mmg ade booth jualan bunga ler

bukan setakat pameran jer

X pernah pergi Floria kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:13 PM | Show all posts
Edited by Samerosie at 8-9-2022 12:20 PM

Oh baru dengar pagi tadi kat radio news bgtau minta jangan petik atau ambil pokok bunga kat floria sebab belum habis lagi exhibition.  
Edit lepas baca latest update dari penjual bunga (tapi original post pun tak accuse makcik ni).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada no fon seller
So betul lah valid resit tu
Seller pun dah sahkan ada penjualan dan pembelian

So yang viralkan tu memang spisis oink oink
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:14 PM | Show all posts
Peniaga dah claimed kat twitter, makcik tu beli dari dia. Jeng je jeng.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:16 PM | Show all posts
semoga kena saman fitnah sampai tinggal sepender..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:17 PM | Show all posts
tuduh2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
yikes, kalau dorang tak nampak macik tu naik estima mesti dah jd bahan dlm group b40 buat hal ape hari ni. sampat lagi tu selit "nak kata b40.." insinuate b40 suka mencuri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:19 PM | Show all posts
kat dalam tu memang ada jual bunga la nok sejak awal floria lagi... hahahahahaha tak pasal kena cop babi mulut puaka... apasal di sensorkan tweet handle yang fitnah tu? kecot telo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 8-9-2022 12:02 PM
Dekat sana memang ada jual bunga ke?

Ada lah.....ayam ikan jer takda jual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2022 12:25 PM | Show all posts
mohon saman kaw2 mulut netizen yg mulakan fitnah tu...merangkak la dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:28 PM | Show all posts
tak baik tuduh2. lain kali tanya la acik dulu, acik beli ke acik curi pokok ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:30 PM | Show all posts
Kaki fitnah selayaknya disaman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 12:36 PM | Show all posts
tak beragak netizen sekarang.. fitnah di hujung jari hanya dengan sekeping foto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.148354 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list