View: 627|Reply: 1
|
Kes Cabul Puteri Balqis Boleh Jadi Rumit - Peguam Hafidzah
[Copy link]
|
|
Ketika ini pasti ramai pihak masih terkejut dengan pendedahan Puteri Balqis mendakwa dirinya menjadi mangsa amang seksual bapa kandung.
Walaupun pendedahan menerusi saluran YouTube Bros Gang TV itu mengundang simpati, segelintir netizen mempersoalkan tindakan pelakon remaja yang lebih dikenali dengan nama Aqish itu membuka aib keluarga di khalayak.
 IG Aqish/Info Rakyat
Peguam yang dikenali ramai iaitu Nurul Hafidzah Hassan tampil menjelaskan jenayah di Malaysia tiada batasan waktu dan mangsa boleh membuat laporan polis ataupun mengambil tindakan undang-undang biarpun kejadian sudah berlaku agak lama.
Namun, dia menjelaskan kebarangkalian kes menjadi rumit dan mangsa sukar membuktikan dakwaan yang dilakukan atas sebab beberapa faktor seperti saksi tidak ditemui atau sudah meninggal dunia selain tiada bahan bukti dijumpai.
"Bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah.
"Kes ini boleh menjadi lebih besar dan rumit sekiranya si pelaku berniat untuk mengambil tindakan mahkamah. Pihak mereka juga perlu bertanggungjawab kepada setiap komen yang mungkin berbaur fitnah dan boleh dijadikan tuntutan untuk didakwa.
"Jadi sebaik-baiknya, pengadu boleh terus melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan dilakukan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat.
" endek kata, Seksyen 354 ini juga dikenali sebagai cabul dan di bawah Akta Kanak-Kanak ini ia melibatkan kes-kes perbuatan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak," katanya kepada mStar.
 IG Hafidzah
Susulan itu, apabila ditanya pandangan mengenai Aqish mendedahkan perkara ini secara umum, peguam terbabit berkata ia akan membuka ruang kepada orang yang diperkatakan untuk memfailkan fitnah terhadap mereka.
Dalam pada itu, dia menasihati agar sebaiknya pengadu terus membuat laporan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan bagi membuktikan perbuatan si pelaku.
Sekadar info, kedua-dua beranak ini dilaporkan sudah membuat laporan polis berhubung pendedahan Aqish itu.
Sumber: BeautifulNara/mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana nanti ye, saksi hanyalah mak dia melainkan mak dia nak cari la kawan2 bapak dia tu, yg mat pet yg kaki curi etc. |
|
|
|
|
|
|
| |
|