View: 17142|Reply: 173
|
[Tempatan]
Update Cerita dari KEMBAR dan foto mangsa (dua-duanya cantik) #145 - Pasangan kekasih remaja maut dalam kereta kancil yang ditutup dengan kanvas, cinta yang tidak direstui
[Copy link]
|
|
Edited by Friska at 8-9-2022 10:11 PM
Dua mayat remaja yang dikeluarkan dari sebuah kereta di Kompleks Japerun Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka pagi tadi
Pasangan kekasih remaja maut dalam kereta, siasatan awal tiada unsur jenayah
By Reza A Hamid - 7 September 2022
LUBOK CHINA – Pasangan remaja dipercayai kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta Perodua Kancil di pekarangan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, di sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah berkata, jasad lelaki dan perempuan masing-masing berusia 20 dan 16 tahun itu disedari orang awam di kompleks itu kira-kira jam 9.20 pagi.
Pasangan remaja dipercayai kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta Perodua Kancil di pekarangan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Masjid Tanah awal pagi tadi.
Menurutnya, jasad pasangan itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian tempat duduk masing-masing manakala kereta terbabit diselubung menggunakan kanvas.
Razali (kiri) melihat keadaan kereta jenis Perodua Kanciil pasangan remaja dipercayai kekasih ditemukan meninggal dunia di pekarangan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Limau, Lubok China awal pagi tadi.
“Kedua-dua mereka dipercayai pasangan kekasih dan perempuan berusia 16 tahun itu dihantar oleh rakannya ke Kompleks JAPERUN berkenaan untuk bertemu dengan lelaki terbabit pada jam 4 petang semalam.
“Siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah dan kita percaya pasangan itu meninggal dunia akibat terhidu gas karbon monoksida selain sengaja menutup kereta menggunakan kanvas bagi mengelak kenderaan ditemui,” katanya ketika ditemui media di lokasi di sini hari ini.
Menurutnya, kedua-dua si mati berasal dari Kuala Sungai Baru dan Lubok China dan lelaki berusia 20 tahun tidak bekerja manakala perempuan merupakan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah di sini.
“Setakat ini, kita masih sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada kedua-dua ibu bapa si mati termasuk berapa lama mereka sudah menjalinkan hubungan selain kemungkinan spekulasi cinta tidak direstui.
“Kes sehingga kini disiasat sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat,” katanya. – MalaysiaGazzette.
https://malaysiagazette.com/2022 ... iada-unsur-jenayah/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ANGGOTA polis menguruskan penemuan mayat dua remaja. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Tak sedap hati hantar rakan jumpa teman lelaki
September 7, 2022 @ 5:30pm
Alor Gajah: Gerak hati seorang remaja perempuan yang curiga selepas menghantar sahabatnya berjumpa seorang lelaki petang semalam, menjadi kenyataan apabila rakan sekolahnya itu ditemukan mati di dalam sebuah kereta pagi tadi.
Remaja dikenali sebagai Damia, 16, berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika mangsa meminta dihantar ke kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau petang semalam untuk bertemu pemuda dipercayai teman lelakinya.
Menurutnya, selepas menghantar dia berasa tidak sedap hati sehinggalah dihubungi kakak sahabat baiknya itu kira-kira 8.30 pagi memaklumkan mangsa tidak pulang sejak semalam.
"Saya bergegas ke Japerun untuk mencarinya dan sebaik tiba saya dapati kereta Perodua Kancil yang dinaiki pemuda itu masih berada di lokasi, namun ditutup kain kanvas.
"Saya segera menyelak kain kanvas itu dan melihat kedua-dua mereka tidak sedarkan diri lalu menghubungi kakak mangsa," katanya di temui di lokasi.
Menurut Damia, tidak menyangka semalam adalah kenangan terakhir mereka bersama dan sempat membawa mangsa bersiar-siar dengan menunggang motosikal.
Sementara itu, bapa saudara remaja lelaki itu berkata, mangsa adalah anak sulung kakaknya daripada enam beradik dan seorang yang pendiam namun mempunyai ramai kenalan.
Menurutnya, mangsa adalah bekas penuntut sebuah akademi laut di Kelantan dan bakal bekerja dalam bidang perkapalan.
"Dalam dua minggu lagi dia bakal bekerja kapal mengikut jejak ayahnya yang juga bekerja dalam bidang sama.
"Ibunya beritahu sebelum kejadian iaitu selepas asar, arwah ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk pergi ke pantai, tidak sangka ini yang berlaku," katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.
Menurutnya, mereka sekeluarga difahamkan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua mangsa melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.
Katanya jenazah anak saudaranya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru.
Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemubual kerana masih terkejut dan amat bersedih dengan kejadian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Remaja Ditemui Dalam Kancil, Kakak Kembar Minta Jangan Percaya Berita Tak Sahih
8 September 2022
Semalam, satu berita yang cukup mengejutkan telah pun berlaku di daerah Alor Gajah, Melaka berikutan penemuan sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna merah dalam keadaan mencurigakan. Lebih-lebih lagi, kenderaan tersebut turut ditutupi dengan sehelai kain canvas berwarna kelabu.
Kedua-duanya ditemukan dalam keadaan masih lengkap berpakaian Setelah diselak, alangkah terkejutnya apabila menemui sepasang remaja lelaki dan juga perempuan berusia 20 dan juga 16 tahun dalam keadaan sudah tidak bernafas di tempat duduk penumpang hadapan serta pemandu. Kedua-duanya juga dalam keadaan masih lengkap berpakaian.
Menerusi portal Harian Metro, rakan kepada gadis tersebut menceritakan pada sebelah petang sempat hantarnya untuk bertemu teman lelaki namun merasa tidak sedap hati.
Selepas asar, Allahyarham ada meminta izin menggunakan kereta bapanya untuk ke pantai. Sehinggalah akhirnya kakak kepada sahabat baiknya itu maklumkan dia tidak pulang sejak semalam lagi dan bergegas ke lokasi itu lalu menemui kereta berkenaan. Manakala ibu kepada pemuda tersebut pula menyatakan si anak ada minta izin guna kereta bapanya untuk keluarga ke pantai sekaligus tidak menyangka semua ini akan berlaku.
Hasil siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah atau tanda kedua-dua remaja tersebut melakukan perkara sumbang di dalam kenderaan itu.
Mohon jasa baik awak semua untuk tidak percaya cerita tak sahih sebab masih dalam siasatan ya Dalam pada itu, kakak kembar kepada Allahyarhamah gadis tersebut menegaskan untuk tidak percaya sebarang berita yang tidak sahih. Dalam pada itu, dia juga sempat meminta untuk sama-sama mendoakan adiknya berkenaan.
Di sebelah pihak pemuda tersebut pula, si adik sempat meluahkan rasa tidak percaya akan kehilangan mengejut berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Feeling Romeo and Juliet ke dik? Cinta mati sampai ke negara abadi?
Innalillahiwainnalillahirajiun je lah mampu diucapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
'Till Death Do Us Part'-White Lion. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah payah mak ayah bela msg2 smpai 20 & 16 tahun sng2 kau nak mati sbb bf/gf pya psl |
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan kekasih ditemui maut dalam kereta Perodua Kancil di kawasan Japerun, Ayer Limau, Lubok Cina pada Rabu.
Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil
Oleh NOR FARHANA YAACOB 07 September 2022 02:09pm
ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok Cina di sini pada Rabu.
Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah, berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan pada polis kira-kira jam 9.25 pagi berhubung penemuan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kenderaan ditutupi kain kanvas berwarna kelabu.
Menurut beliau, pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa lelaki ditemui di tempat duduk pemandu dan kekasihnya di tempat duduk sebelah pemandu.
Kata Razali, leher mangsa perempuan terlentok di bahu kiri lelaki yang baharu menamatkan persekolahan di Kelantan.
"Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kenderaan tersebut milik bapa lelaki terbabit.
"Besar kemungkinan mereka dipercayai terhidu gas karbon monoksida memandangkan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan kenderaan tersebut juga telah kehabisan minyak," katanya.
Jelas beliau, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu turut menemui botol minuman dan telefon bimbit mangsa.
"Siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini termasuk mangsa perempuan bersekolah di sekolah menengah di di Lubok China.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jenayah," jelasnya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... alam-perodua-kancil
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah engkau pun tak kerja, nk kawin pulak dgn budak form4.....
|
|
|
|
|
|
|
|
umur 20 kerja tak mau belajar tak mau..
kalau hidup lagi lama jadi beban mak bapak and beban masyarakat nak sara dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
demi cinta sangguo mati mcm ni? dik, keluar la dari kepompong nescaya korang akan jumpa lagi ramai manusia dgn mcm2 keperibadian, entah2 jumpa cinta baru yg lbh baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 la meninggal sbb natural je |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pilih tempat terakhir bersama di JAPERUN...
entahlah dik, dah arwah dah memasing..kesian pada mak bapak korang lah..
semoga dipermudah segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Apa la..cinta punya pasal sanggup mati..bahaya la otak singkat remaja sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
muda lg. klu hidup, there is so much more to explore and live for. nape la singkat sgt pemikiran smpai pilih penghujungan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa park kt Kompleks JAPERUN (abbreviation yg sgt kelakar)
dh jd gini nak salahkan sape
|
|
|
|
|
|
|
|
hidup ni terlalu indah, knp bunuh diri dek.. adakah di alam barzakh bisa bertemu jua? aduh laa haiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah nakkk....ni la penting didikan kuat dari mak bapak ttg cinta2 ni....dunia..lagho nakk |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya yg matang didik yg immature. Dah dua2 pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lelaki baru habis belajar. So belum kerja. Yg perempuan belum habis sek. Cinta monyet nie bahaya coz otak masih belum matang. Parent pun. Tak suka pun rilek rilek jerlah. Bukan depa nak kawin lagi. Lama lama putus jua...bila berkeras jadi gini coz otak deme lum habis bersambung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|