CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3831|Reply: 23

Penyanyi Jangan Merepek Atas Pentas, Kalau Tak Puas Hati Kita Akan ‘Playback’ - Ramli MS

[Copy link]
Post time 7-9-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Juri tetap Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS mendedahkan dia bersama dua juri tetap GV9 iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sepakat memberikan komen berkaitan apa yang dipersembahkan peserta sahaja.


“Saya sudah berbincang hal ini dengan rakan juri lain iaitu jangan menilai kepada apa yang penyanyi atau peserta itu tidak buat.


“Jadi profesional daripada segi kalau dia cakap bulat, kau cakap empat segi, ia tidak berkaitan. Jadi kalau dia cakap bulat, kita pun komen bulat, peserta tidak boleh sangkal.




IG Ramli MS




“Bunyi tidak pernah menipu. Jadi penyanyi pun jangan ‘merepek’ atas pentas. Pada masa sama, juri kena hormati peserta yang pandai menyanyi. Kalau dia salah, kita cakap salah.


“Sekiranya dia ada bantahan, kita ‘playback’ balik persembahannya. Begitulah. Akan tetapi melihat kepada GV, saya sebagai ketua juri dan pengarah muzik, setiap Jumaat kita sama-sama berlatih dan beri nasihat,” katanya kepada MH.


Maestro muzik berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media GV9 yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.


Mengulas barisan peserta GV edisi terbaharu, Ramli menyifatkan bintang yang bertanding mempunyai kehebatan tersendiri.


“Sengit…Sangat sengit. Ramai ‘fighter’ dalam penyertaan tahun ini. Bagi saya mereka sudah ada kualiti seorang penyanyi.


“‘Parang’ diaorang memang ‘tajam’. Tinggal lagi, bagaimana mereka untuk menggunakan ‘parang’ itulah.


“Penonton akan mendengar nyanyian mereka setiap minggu. Akan tetapi sebagai juri, kita akan tapis dan berbincang dari segi persembahan.


“Usah terlalu nak ‘go’ siling sangat. Sebab ada 10 minggu. Sebagai pengarah muzik, saya akan tapis perkara itu. Nanti siling mereka akan habis. Kita manusia, ada had,” katanya lagi.








Konsert mingguan GV9 akan mula bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September ini dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 12:44 PM | Show all posts
semoga barisan para juri tak biyas iyachhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jac, Shilalat against Haidar,  Fuad 'pengasih' Rahman?

You are not kidding me , are you tokram?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada Tomok ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 01:18 PM | Show all posts
Finalist : Shiela Amzah, Jac, Tomok, Bob, Dina & VE (Kena ada kumpulan baru tak pelik). Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 02:31 PM | Show all posts
kena ready tong sampah utk campak gula2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2022 02:34 PM | Show all posts
Cer cuolls tepek sapa finalis GV tahun ni. malas la meolls nak guguel carik sapa.. kohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 03:39 PM | Show all posts
sepatutnya job pengarah muzik tokram takyah ambik...
mcm ada conflict of interest gitu... nanti peserta nak A, director nak B... sape kene mengalah?
rehearsal jumaat tu pun tak payah datang... sbb dah tentu tokram pre-judge yach
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 03:42 PM | Show all posts
cikatilia replied at 7-9-2022 02:31 PM
kena ready tong sampah utk campak gula2

kah kah kahhhh dekah terukkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berumur dah nampak dato dalam gambar ni. Munkin sb rambut agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:37 PM | Show all posts
nasib baik bukan achik kathy kali ni. hahahha..  kang disampaikan 1 malaysia kirim salam. Semak kalau dia komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 04:45 PM | Show all posts
nyanyi sampai siling ye

jac, shila, dina - take note ya
especially jac
kang mic tu kt siling
die nyanyi dr stage jer

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 05:19 PM | Show all posts
GV kali ni banyak peserta yg selalu peserta yg selalu keluar tv cam Jac , shila amzah, Dina, Bob , Tomok so tak berapa excited sangat nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 7-9-2022 02:31 PM
kena ready tong sampah utk campak gula2

Maunya jd modal lwk haji atas pentas nnti ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jac, shilalat, tomok tu mesti akan disimpan sampai ke final punya. Btw memang VE je ke peserta berkumpulan? Ke meols tak perasan ada group lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 07:13 PM | Show all posts
mula2 I suka program ni

dia macam mengangkat semula artis-artis veteran di tv. give them another chance in the industry

tapi tu la. ada yang prideful, tak boleh kena tegur, ada yang acah diva, hatta nyanyian, suara dan vokal ntah apa-apa, etc.

yet, yang ok, bila kena hentam kaw-kaw dengan juri, macam kesian pulak tengok
artis-artis yang decent, tapi seolah-olah dimalukan di khalayak ramai.

genre diorang semua berbeza.
setiap minggu berlainan cabaran
ibarat letak pertandingan memanjat pokok, tapi pesertanya, ikan, monyet, ayam, biawak, etc.
minggu depan letak pertandingan berenang
minggu seterusnya tiba2 pertandingan terbang

hasilnya, semua ke laut. aaa gittuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai selagi ada Buk Hetty Bias tetap Bias... Tol pinaz pun dh berjangkit perangai dgn buk hetty ...lemahhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang, dahlah selalu bias
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I speku bob juara atas kapasiti he mampu menyanyi perfect pitch - sekian
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yellowsky replied at 7-9-2022 05:19 PM
GV kali ni banyak peserta yg selalu peserta yg selalu keluar tv cam Jac , shila amzah, Dina, Bob , T ...

Aku excited nk tgok Fuad Rahman..Abg Roy Kapilla, Hazrul Nazim ,dgn V.E je hahahaa...haaa kak Pat yg lain sume malas nk layan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.473468 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list