View: 1247|Reply: 7
|
Didakwa Ada Unsur Eksploitasi- Youtuber Tak Paksa Pun Puteri Balqis Buka Aib Bapa Sendiri
[Copy link]
|
|
YouTuber, Bros Gang TV, menjelaskan bahawa pihaknya tidak memaksa seorang pelakon remaja untuk menceritakan mengenai pengalaman hidupnya sehingga video itu tular, baru-baru ini.
Sebaliknya, YouTuber itu berkata, pelakon itu sendiri yang mahu berkongsi kisah hidup.
YouTuber itu memberi reaksi itu menerusi hantaran di Instagram (IG) lewat malam tadi susulan artikel Harian Metro bertajuk 'Youtuber eksploitasi pelakon remaja perlu diambil tindakan'.
 Foto: Youtube
Artikel itu melaporkan kenyataan Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim yang menyifatkan perbuatan menyiarkan video berkenaan adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan pihak berkaitan perlu diambil tindakan.
Menurut Raj, YouTuber terbabit tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan remaja itu kerana tindakan didakwa dilakukan bapa pelakon terbabit adalah suatu bentuk perbuatan jenayah.
Mengulas kenyataan itu, Bros Gang TV memaklumkan pendedahan pelakon remaja berkenaan adalah di luar jangkaan pihaknya.
Bros Gang TV turut menegaskan bahawa pihaknya sudah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pelakon terbabit sebelum memuat naik video berkenaan.
Menerusi hantaran sama, YouTuber itu turut menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan perkongsian video di YouTube membabitkan pelakon terbabit bertujuan mengejar tontonan yang tinggi.
Terdahulu, tular video pelakon remaja ditemu bual dalam sebuah saluran YouTube, mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri.
Susulan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dipetik berkata, pihaknya menerima laporan dibuat remaja berusia 15 tahun itu jam 10.25 malam kelmarin.
Katanya, laporan diterima pihaknya menyatakan dakwaan mangsa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya, serta tidak menjaga kebajikan remaja terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memiliki bahan lucah.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dipetik berkata turut mengesahkan bapa pelakon remaja terbabit membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berkenaan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, pada 4 September lalu.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sedia memanggil pelakon terbabit, jika ada laporan dibuat. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
bdk tu underage kot.. bole ker ko minta izin dia siarkn citer tu.. pala hotak ko mana..
nape ko x bw jer dia ke balai buat report time tu.. eeeeiii mcm nk tampooo jer korg nie..
senang btl ko lepas tangan ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku belek cenel diorang mmg semua jenis pendedahan camtu. kisah pelacur la apa la.. mmg genre content diorang kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak pembalasan setimpal, buat laporan polis dan biar undang2 tentukannya. dari play victim, sesiapa pun mampu dekkkkkkkkkkkk................. |
|
|
|
|
|
|
|
Dodod replied at 7-9-2022 12:09 PM
yg aku belek cenel diorang mmg semua jenis pendedahan camtu. kisah pelacur la apa la.. mmg genre con ...
Ceh dah agk dah. Lepas tu bila jd mcm ni lepas tgn je |
|
|
|
|
|
|
|
sadly kebanyakan yang terlibat dgn penjagaan/perlindungan kanak2 ini tak faham tentang konsep underage, consent, penyebaran gambar or anything yang bersangkut dgn kanak2 bawah umur.
kanak2 bawah umur ni mana boleh bagi consent..nak sign kontrak pun tak boleh tu sebab ibubapa/penjaga yang sign on behalf. itu pun tak tau lah boleh enforce ke tidak.
youtubers ke cikgu2 ke semua tak faham yang gambar atau any bentuk penyebaran tak boleh dibuat esp at school.
yg si PB ni mak dia la kot yang bagi kebenaran? bodoh betul bila cakap dah dapat persetujuan dari PB. Sepatutnya bila PB buat pendedahan ni mereka terus bawak dia buat report polis or at least bawak jumpa someone yang tahu macamana nak tackle isu ini.
tapi sebab nak content punya pasal terus siarkan tanpa check any legal issue. typical malaysian behaviour.
itu lah pentingnya education at least boleh fikir sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahahpahapntah youtuber segala bagai ni..mcm bodo je.. mmg bodo pon |
|
|
|
|
|
|
|
Asal tegur sikit je terus cop mak cik pak cik fb entah pape  |
|
|
|
|
|
|
| |
|