CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 3

Tak Jumpa Saksi, Bahan Bukti Tiada- Peguam Kata Kes Cabul Puteri Balqis Mungkin Jadi Rumit

[Copy link]
Post time 7-9-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Pendedahan pelakon remaja Puteri Balqis Azizi yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh bapa kandungnya ketika kecil mengejutkan banyak pihak.


Pengakuan yang dibuat menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.




Foto: IG




Selain bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish, segelintir turut mempersoalkan sama ada pelakon remaja itu pernah membuat laporan polis terhadap pelaku atau pun sebaliknya.




Hafidzah, Foto: mstar Online




Mengupas dari sudut perundangan, peguam Nurul Hafidzah Hassan menjelaskan kesalahan jenayah di Malaysia tidak mempunyai batasan waktu dan seseorang boleh membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang meskipun sesuatu kejadian itu sudah lama berlaku.


Meskipun begitu, Nurul Hafidzah menjelaskan kebarangkalian kes menjadi rumit tinggi kerana mangsa mungkin sukar membuktikan dakwaan yang dibuat disebabkan beberapa faktor seperti saksi tidak dijumpai atau meninggal dunia selain bahan bukti sudah tiada.


"Bagaimanapun bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah," katanya kepada mStar.


Ditanya mengenai tindakan Aqish berkongsi perkara itu secara umum, Nurul Hafidzah menjelaskan pihak yang membuat sebuah forum untuk berkongsi perkara sedemikian tanpa sabitan di mahkamah akan membuka ruang kepada orang yang diperkatakan untuk memfailkan saman fitnah terhadap mereka.


"Kes ini boleh menjadi lebih besar dan rumit sekiranya si pelaku berniat untuk mengambil tindakan mahkamah. Pihak mereka juga perlu bertanggungjawab kepada setiap komen yang mungkin berbaur fitnah dan boleh dijadikan tuntutan untuk didakwa.






  



Bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah.


"Jadi sebaik-baiknya, pengadu boleh terus melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan dilakukan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat," katanya.


Sementara itu, Nurul Hafidzah memberitahu dalam kes melibatkan amang seksual, pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerassan jenayah kepada seseorang dengan niat mencabul kehormatan.


Menerusi akta ini katanya, ia biasanya digunakan apabila perbuatan melibatkan mangsa di bawah umur dan tertuduh turut boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.




  



Bapa Aqish turut dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi menyangkal semua dakwaan dibuat anaknya.


"endek kata, Seksyen 354 ini juga dikenali sebagai cabul dan di bawah Akta Kanak-Kanak ini ia melibatkan kes-kes perbuatan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak," jelasnya.


Menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, Nurul Hafidzah berkata, elemen untuk membuktikan kesalahan cabul di bawah Seksyen 354 termasuklah; mesti terdapat serangan atau penggunaan kekerasan jenayah ke atas wanita atau kanak-kanak.




  



  



Serangan atau kekerasan jenayah juga mestilah dilakukan dengan niat untuk mencabul kehormatan dan/atau dengan pengetahuan yang perbuatan tersebut akan menyebabkan kehormatannya dicabul.


"Dalam kes-kes Seksyen 354 di mahkamah, seseorang boleh didakwa kerana meraba walaupun tanpa melakukan 'serangan' atau 'kekerasan jenayah'.


"Tindakan meraba tersebut adalah termasuk dalam kekerasan jenayah dan/atau amang seksual," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 12:04 PM | Show all posts
ok hafidzah. kes benon ngn bela apa cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm lg xde la mgsa2 molest nak buat report kalau mcm ni gaya .
Xkan la nak bg bukti benda melancap dh lepas .bodo
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 02:30 PM | Show all posts
Peguam hafidzah eyeliner senget ni pon sebok nak mencapub bagi komen lebih2 lagi bila mangsa tu retis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070051 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list