View: 413|Reply: 1
|
[Tempatan]
Tiada petunjuk baru ditemui - Rumah Zalina kembali sepi selepas pemeriksaan pasukan forensik
[Copy link]
|
|
Rumah Zalina Azman kembali sunyi selepas pemeriksaan forensik
SHAH ALAM: Keadaan rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman, dekat Seksyen 3 di sini, kembali lengang dan sunyi, selepas pemeriksaan oleh pasukan Forensik Bukit Aman pagi tadi.
Tinjauan kira-kira jam 6 petang tadi mendapati pusat tahfiz yang terletak bersebelahan kediaman Zalina turut berkunci dan tidak kelihatan pelajar di situ.
Usaha mendapatkan jiran-jiran lain di sekitar kawasan itu juga gagal, memandangkan keadaan juga lengang dan tiada yang kelihatan.
Pagi tadi, pasukan Forensik Bukit Aman hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah Zalina bagaimanapun tiada petunjuk baru ditemui.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Media sebelum ini melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Mohd Iqbal berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sekitar rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu. NSTP/FAIZ ANUAR |
|
|
|
|
|
|
| |
|