CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 1

Indonesia Wajibkan Subjek Sejarah Nasionalisme Di Sekolah

[Copy link]
Post time 6-9-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Badan Standard Pendidikan, Pentaksiran dan Kurikulum Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anindito Aditomo mengumumkan subjek Pancasila sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.


Mata pelajaran Pancasila adalah pembelajaran mengenai sejarah nasionalisme Indonesia, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.








Anindito berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Pendidikan Kebangsaan mengenai kewajipan subjek itu dalam kalangan pelajar telah diluluskan pemerintah.


“Usul menjadikan subjek Pancasila sebagai mata pelajaran wajib kini termaktub dalam Perkara 81 dan 84 RUU Sistem Pendidikan Nasional,” kata Anindito.


Menerusi silibus semasa, pendidikan Pancasila tidak tersenarai sebagai isi atau mata pelajaran wajib dalam kurikulum pendidikan rendah dan menengah.


Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin sebelum ini pernah menyuarakan sokongan rancangan mengembalikan Pancasila sebagai mata pelajaran wajib bagi pelajar di republik tersebut.


Menurutnya, masyarakat terutamanya generasi baharu perlu memahami kepentingan Pancasila dalam kehidupan harian.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm pendidikan sejarah ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.312687 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list