CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3264|Reply: 41

Wanita Malu Besar- Orang Klinik Salah Cacah Tatu, Terpaksa Hidup Dengan Empat Kening

[Copy link]
Post time 6-9-2022 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Selepas melakukan prosedur mencacah tatu di keningnya, seorang wanita Thailand terpaksa menahan mahu apabila mempunyai dua pasang kening di mukanya lebih setahun.


Oddity Central melaporkan, tatu kening cukup popular di seluruh dunia.


Apabila dilakukan dengan betul, individu mungkin tampak lebih cantik, tetapi malangnya itu bukan pengalaman wanita berusia 32 tahun itu yang mengalami mimpi ngeri kerana prosedur tatu yang dilakukan, gagal.




Foto: Agensi




Kira-kira setahun lalu, Nipapron Meeking membayar 1,500 baht (kira-kira RM185) di klinik kecantikan kecil di wilayah Rayong, timur Thailand, dengan harapan dia akan memiliki sepasang kening yang tebal dan cantik.


Bagaimanapun, prosedur itu tidak menjadi apabila dia mempunyai dua pasang kening.


"Saya masih ingat mahu melancong dengan rakan dan mahu 'kening baharu'.


"Seorang kawan mencadangkan sebuah kedai untuk (tujuan itu). Selepas prosedur itu, saya melihat cermin dan tidak (dapat) bersuara," katanya.


Pada mulanya, kakitangan klinik berjanji untuk memperbaiki kesilapan itu secara percuma pada keesokan harinya.


Itu membuatkan Nipapron sedikit lega, tetapi keesokan hari, dia mendapati premis itu sudah ditutup.


Klinik itu tidak dibuka lagi dan dia terpaksa hidup dengan empat kening di mukanya.


Ini benar-benar menjejaskan keyakinan dirinya dan dia mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah, kerana malu untuk menunjukkan mukanya di khalayak ramai.


"Saya juga pergi ke pelukis tatu yang berbeza tetapi mereka tidak dapat memperbaikinya," kata Nipapron.


Pada akhirnya, dia berjaya mencari seorang artis tatu yang memutuskan untuk membantunya memadamkan kening palsu secara percuma.


Pattawee Phumkasem mengetahui mengenai nasib Nipapron dalam talian dan menghubunginya, menawarkan untuk membantunya secara percuma.


Ia walaupun prosedur pemadaman tatu biasanya menelan kos lebih daripada AS$400 (kira-kira RM1,796). -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 12:25 PM | Show all posts
shinnosuke nohara tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 12:30 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-9-2022 12:25 PM
shinnosuke nohara tersenyum sinis

Gigih google agaknya siapalah punya nama tu, rasa macam familiar. Rupa-rupanya memang familiar. Terkono den
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 12:33 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 6-9-2022 12:30 PM
Gigih google agaknya siapalah punya nama tu, rasa macam familiar. Rupa-rupanya memang familiar. Te ...

koh koh koh


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 12:34 PM | Show all posts
yang mencacah tu, cacahdengan mata terpejam ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:22 PM | Show all posts
cukur ja la yg asal tu
ko yg cari penyakit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2022 01:23 PM | Show all posts
ya ampun.. tengok harganya pun no wonder lah... fefeeling je ko mengaku buat kat klinik... entah2 sebelah warung tom yam je....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:25 PM | Show all posts
macam watak dalam anime... yang jadi jahat la selalunya....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 01:25 PM | Show all posts
kening asal dah elok cuma tinggal rapikan aje  .. tapi tu lah bila tak reti bersyukur gini lah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:26 PM | Show all posts
klinik dalam masa sehari boleh tutup.
dahsyat diorg ni. mcm dah biasa lari kalo ada mslh.
mesti x berdaftar punya klinik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe dik
Aok cukur atau laser kening lama biar licin
Setel

- Sin Chan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:28 PM | Show all posts
hahahahahaha

muka lawa tpi kening bentuk wafel  
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:45 PM | Show all posts
mesmerize replied at 6-9-2022 01:25 PM
kening asal dah elok cuma tinggal rapikan aje  .. tapi tu lah bila tak reti bersyukur gini lah jadin ...

tengok gambar terbaru... dah elok cantik dah agittew tau kaka mungkin dah ikut nasihat kaka mesmerize...trimmed elok2 je... tak payah penat2 nak tatu sampai jadi character antagonis anime...

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
This is very unique.. girl.  Live with it..... ha...ha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 02:19 PM | Show all posts
Kelakar nya. Bala betul lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dah macam shin chan bhahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lawalah tatu kening. Mcm sinchan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 02:34 PM | Show all posts
aduhhh... dia masa kena tatu pun tak terasa ke bende tu tak kena kat kening asal dia...
adoiyaiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 02:45 PM | Show all posts
Gelak besor den
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 02:46 PM | Show all posts
bodohnya rupa kening tatu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075512 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list