View: 1030|Reply: 9
|
Ramai Pemilik Ysuku Di Pantai Timur Tak Bayar Ansuran Bulanan
[Copy link]
|
|
Pemilik sebuah kedai motosikal mendedahkan kira-kira 160 individu kini ‘disenarai hitamkan’ kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau (Ysuku).
Jelas kedai itu lagi, kebanyakan mereka tertangguh bayaran antara enam bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) dan kesemua pinjaman dibuat menerusi pinjaman kedai (loan kedai).
 Foto: Kosmo
Selain Yamaha Y15R, antara motosikal yang masih tertunggak bayaran adalah Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS.
Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
“Amaran tunggakan motor loan kedai. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya.
“Pandai hutang, pandai bayar. Anda settle (jelaskan) bayaran, kami delete (buang) nama anda dari senarai ini, ” tulis mereka di Facebook semalam.
Difahamkan kedai berkenaan terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang membeli motosikal tetapi tidak membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai.
“Amboi pandai buat pinjaman bila nak bergaya suruh bayar liat memasing,” tulis Muhammad Syarafi.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Shahiruddin Ismail.
“Ini baru betul biar papa asal bergaya, ikut sangat trend Y15 dengan NVX, konvoi sana konvoi sini tapi hutang tak nak bayar,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Rugi sebenarnya amik loan moto ni. Kalo mampu, beli je cash terus |
|
|
|
|
|
|
|
Berani menggunakan motosikal tiada roadtax dan insurance |
|
|
|
|
|
|
|
mesti interest yang dikenakan kaw kaw punya tinggi yg memboleh tuan kedai mampu beli beli alphard baru |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X: Rugi sebenarnya amik loan moto ...
Masalahnya kedai jarang nak jual cash... Seribu satu alasan dorang bagi |
|
|
|
|
|
|
|
bior pape, asei bergaye...... |
|
|
|
|
|
|
|
kadang nk beli cash stok moto tu x de.. kalau beli ansuran ada pulak huhu.. kes2 cmni mmg da plan da tu.. kalau blacklist kedai n kena ctos je.. lagi2 muda x pikir apa
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nama pun hutang, wajib bayar maa |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. kedai lg layan klu bli hutang.. puas la aritu cari kedai yg bole beli cash... gigih order kat kuala kangsar br dapat beli cash..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|