CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1480|Reply: 11

Noh Salleh Masih Menolak Untuk Bersemuka Dengan Media

[Copy link]
Post time 5-9-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Noh Salleh, 37, belum bersedia ditemubual media yang membuat permintaan bertemu dengannya ketika Konsert Havoc Midnight di Dataran Karnival Shah Alam.


Vokalis kumpulan Hujan terbabit juga hadir diiringi pengawal peribadi dan tidak menunggu di bilik khas disediakan kepada semua artis yang mengadakan persembahan.


Foto: IG





Menurut penganjur konsert, Faizul Mohd Yusof, pengurus Noh sendiri memberitahu penyanyi itu masih menolak untuk bersemuka dengan media.


Bagaimanapun, kemunculannya jelas berjaya menghangatkan pentas dan mendapat sorakan cukup gempita daripada lebih 5,000 yang hadir pada konsert berkenaan.




  



Walaupun tampil solo dengan cuma bermain gitar, Noh sangat bertenaga menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti Aku Skandal, Kotak Hati dan Dugaannya serta lagu solonya, Bunga Di Telinga dan Angin Kencang.


Dia cukup terharu dengan kehadiran ramai demi menyokong konsert terbabit katanya: "Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyanyi bersama. Ini juga antara proses untuk saya berpijak pada dunia nyata, di mana adakah saya berani mengadakan persembahan seorang diri tanpa kumpulan Hujan.


  



"Ternyata, anda semua memberi semangat kepada saya. Terima kasih," katanya.


Noh turut memohon maaf terhadap kekurangan yang berlaku di atas pentas.


"Saya meminta maaf atas kekasaran saya atas pentas. Saya tak sangka persembahan malam ini akan jadi gila seperti ini. Saya akan bawa pulang memori indah ini," katanya.




  



Konsert itu turut dimeriahkan persembahan daripada Floor 88, K-Clique, Kugiran Masdo, Zynakal dan Yonnyboi.


  



Menyusul, Konsert Havoc Midnight akan diadakan di Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu pada 30 Disember dan 1 Januari 2023.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu berlagak sgt hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah dia xnk jmp korang. Kang dia hembus2 korang lagi  nk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah over dah.. reporter nak tanye apa lg?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
baby Musa ke tu? gebunya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 06:18 PM | Show all posts
missyL: Aritu berlagak sgt hahahahahah

hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
elokla..myampah aku ngan jantan spesis ko...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 06:51 PM | Show all posts
Ohh ingat nak hembus asap pakai serombong kapal tadi.
Hembus aaaa nanti kipas susah mati bekap cakap
“Lu orang semua tak kenal dia, tu memang gaya dia”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb belum beli pod vape baru kot so takde benda nak hembus kat wartawan so tunggu la kejap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali jgn riak
Skrg baru nak acah2 humble Terlambat dah.
U r a nobody Without MissNina, kau hanyalah setakat penyanyi yg takde perigi emas
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem nya Noh ni.... Suka sgt
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mizz nina start hijrah acik netz bukan main agungkan Noh siang malam serupa pejuang palestin kononnya Noh penyebab hijrah MN.
Rupa nya nan hado .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.068628 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list