View: 833|Reply: 4
|
Bapa Bunuh Dua Anak Sebab Cemburu Bekas Isteri Dah Ada Pakwe Baru
[Copy link]
|
|
LA PAZ, Bolivia – Seorang lelaki di Bolivia dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya dengan memberi mereka makan yogurt beracun, lapor akhbar The Sun.
Dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah di bandar La Paz, Javier Hernandez Rojano, 37, dikatakan memberitahu bekas isterinya bahawa dia mahu membawa dua anak mereka yang berusia tujuh dan empat tahun membeli kasut baharu.
Dia sebaliknya membawa kedua-dua mangsa pulang ke kediamannya dan meletakkan racun serangga ke dalam yogurt sebelum menyuap kanak-kanak berkenaan.
 Foto: The Sun
Tertuduh selain itu turut cuba membunuh diri dengan memakan yogurt beracun berkenaan sebelum mengalami simptom kekejangan perut yang teruk.
Akibat tidak sanggup menahan sakit, tertuduh mengambil keputusan untuk menyerah diri di balai polis dan mengaku telah membunuh dua anaknya selepas diberi bantuan perubatan.
Dia menghabiskan beberapa minggu dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan sempat memohon maaf kepada ahli keluarga kerana tergamak membunuh anak-anaknya.
Menurut penyiasat kes, Rojano memberitahu bahawa motif pembunuhan adalah cemburu kerana bekas isterinya telah menemui kekasih baharu selepas perpisahan mereka.
“Si bapa memberi racun serangga kepada kedua-dua mangsa selepas cemburu kerana bekas pasangannya mempunyai hubungan dengan orang lain,” kata polis. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
last berita aku nk baca sebelom balik ni...aih cilakak betul...
bodow jantan gile |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah anak-anak yang dijadikan mangsa, mental sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan ko pun tak tahan kesan racun tu... mcm manalah anak2 dia menahan sakit tu sblum maut.. bapak bodoh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
celaka punya jantan. dah la loser, bunuh diri pun tak jadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|