|
Penat Tapi Seronok - Azmi Saat Kongsi Pengalaman Tonton Wayang Dewan 4DX
Pengalaman menonton wayang dengan lebih mengujakan.
Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga dititikberatkan oleh penonton. Jadi, tidak hairan lah jika reka bentuk tempat duduk setiap dewan tayangan berbeza-beza.
Azmi Saat turut berkongsi pengalaman menonton filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa di pawagam kesan khas terbaharu, 4DX yang pertama di Lembah Klang yang terletak di GSC 1 Utama dalam hantaran Facebooknya.
Menurut Azmi, jika sebelum ini, beliau yang merupakan OKU Penglihatan, hanya dapat mendengar sahaja, kali ni beliau dapat rasa sentuhan dan pergerakan pula. Ini kerana kesan khas pergerakan serta persekitaran yang ditawarkan panggung wayang jenis ini di mana kerusi ‘motion’ akan bergerak selari dengan aksi di skrin.
Kredit foto - Facebook Azmi Saat
Sebagai info, teknologi sinematik empat dimensi (4D) dalam panggung ini dilengkapi dengan lebih 20 jenis kesan khas pergerakan serta persekitaran akan membuat anda seperti dalam filem iaitu merasai apa yang watak dalam filem rasa seperti terhempas, dan lain-lain.
Kredit foto - The Vocket
Antara kesan khas lain yang ada di wayang 4D ini, terdapat salji, hujan, asap, lampu strobe, belon dan banyak lagi. Namun, ibu hamil atau individu yang ada penyakit jantung dilarang masuk sama sekali menonton menggunakan wayang jenis ini.
Seperti Azmi, pasti ianya merupakan pengalaman menonton wayang yang sukar dilupakan dengan pelbagai kesan khas yang disediakan dengan bayaran tiket bermula RM20 hingga RM39.
Agaknya kalau filem seram, bagaimana pula kesan khas yang bakal dialami oleh penonton? -CARI |
|