CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 19

Macam Peter Parker - Abam Bomba Viral Lagi!

[Copy link]
Post time 5-9-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Abang bomba tunjuk skill Spider-Man depan isteri masa photoshoot kahwin, video raih lebih sejuta views tak sampai 24 jam

BELUM pun reda kisah sekumpulan abang bomba ‘sado’ yang muncul pada sambutan Hari Kebangsaan 2022, seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu kini menjadi tumpuan.

Bukan kerana berbadan sasa, sebaliknya aksinya seperti watak adiwira ‘Spider-Man’ yang bergayut pada tali, sambil mencium dahi pasangannya menarik perhatian ramai.

"Sejak bila Spiderman jadi bomba?"

"Peh kahwin dengan Spiderman."

"Macam Peter Parker," demikian antara komen netizen yang merujuk kepada watak Peter Parker yang menjadi Spider-Man, menerusi video yang baru dimuat naik pada Jumaat.

Bercakap kepada mStar, anggota bomba berkenaan, Norman Affan Jumaat berkata, dia tidak menyangka foto perkahwinannya yang dikongsi oleh isteri, Nur Izyana Muhamad Shah, 26, menjadi tular di media sosial sekelip mata.

Pemuda berusia 27 tahun mengakui terkejut kerana foto tersebut dirakamkan pada hari perkahwinan mereka dua tahun lalu pada 8 Februari 2020.

"Isteri baru tunjuk selepas dia post semalam (Jumaat). Itu gambar kahwin masa sesi fotografi di Balai Bomba dan Penyelamat Larkin di Johor.

"Memang terkejut sebab masa kahwin dulu tak ada pun viral. Aksi 'gayut' tu adalah idea saya sebab memang minat dan mengikuti filem-filem Spider-Man," katanya ketika dihubungi.

Menganggotai pasukan bomba sejak 2019, Norman menjelaskan aksi yang dilakukan itu juga merupakan sebahagian latihan keselamatan yang dilakukan mereka dari semasa ke semasa.

"Ia dipanggil latihan Spider-Man, yang dilakukan dalam latihan menyelamat ketika turun dari aras yang tinggi. Saya gunakan teknik ini untuk tunjuk macam dalam babak filem Spider-Man.

"Sesi fotografi mengambil masa kira-kira dua jam, tapi aksi Spider-Man tu hanya lima minit. Sesi penggambaran lain di sekitar balai termasuk di sebelah jentera bomba," ujarnya yang bertugas di Kajang, Selangor.

Berasal dari Kempas, Johor, dia mengakui gelaran Spider-Man itu sememangnya tidak dijangka dan menganggapnya sebagai gurauan dalam kalangan netizen.

"Saya terkejut apabila ramai panggil saya Spider-Man, rasa kelakar pun ada. Aksi Spider-Man tu hanya dilakukan ketika latihan dan waktu kerja.

"Di luar waktu kerja, saya macam biasa. Melakukan aktiviti outdoor di masa lapang seperti hiking atau bermain online game kegemaran, Mobile Legends," katanya.

Mengenai Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, Norman berkata, dia tidak menyertai mana-mana perarakan kerana bercuti sempena kelahiran cahaya mata sulung.

"Saya ambil cuti sempena isteri bersalin pada 16 Ogos dan telah kembali bertugas. Isteri kini berpantang di Johor," katanya sambil menambah isterinya merupakan pembantu klinik.

Namun kata Norman, dia bercadang untuk memakai kostum Spider-Man pada masa akan datang sekiranya berpeluang melakukannya.

"Bagi saya, Spider-Man ini unik, watak adiwira yang lain daripada lain. Begitu juga dengan tugas sebagai anggota bomba, merupakan satu kepuasan yang berbeza.

"Lebih-lebih lagi apabila kami dapat memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat. Bila mereka menghargai dan berterima kasih kepada kami, ia merupakan satu nikmat," katanya.

Video yang dikongsi isteri Norman meraih lebih sejuta tontonan di TikTok dalam masa kurang 24 jam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2022 12:48 PM | Show all posts
[img]%5Bimg%5D[/img][/img]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 12:48 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2022 12:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri baru tunjuk selepas dia post semalam (Jumaat).

Maksud bini dia baru post a few days ago ke
Mencapub ke sbb shooting in 2020
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewww tak bergetar korsani sister
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:02 PM | Show all posts
Lower down a bit more please! if you know what i mean

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai camni skali eh… viral la pulak abg JKR. Nanti takde org ni join JKR dek.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap abg bomda masa merdeka tu jadi dambaan kurex. Tapi kalau abg ni nak bermain air dengan kurex, kurex tak kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg netizen xde life ke? Gi korek kisah sape2 tah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:47 PM | Show all posts
kata MJ that's our kiss


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde la shemmm mana pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 04:05 PM | Show all posts
asal bomba bajet nsem ke...huh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2022 04:21 PM | Show all posts
asal bomba semua hitam2 ehkkk??? polis ada gak yg putih gebu bibir pink
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2022 04:33 PM | Show all posts
_blackbird replied at 5-9-2022 08:21 AM
asal bomba semua hitam2 ehkkk??? polis ada gak yg putih gebu bibir pink


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 04:49 PM | Show all posts

ni kulit coklat.. polis ramai yg putih gebu bibir pink mcm najib. hihihi. maybe bomba sabah byk yg putih2 gebu. yg west msia dpt lah yg hitam ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti bila ramai nk menyondol, maroh pulokkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.167259 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list