CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 665|Reply: 2

Ada 'Sign' Penyanyi, Kedai Dikecam Jual Tisu RM35,792 Sehelai

[Copy link]
Post time 3-9-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
RIYADH – Sebuah kedai online berpangkalan di Arab Saudi berdepan kecaman netizen apabila mengiklankan sehelai tisu yang ditandatangani penyanyi popular negara itu pada harga AS$8,000 (RM35,792), lapor laman Gulf News.


Menurut media tempatan, kedai online ‘Alberwaaz’ itu turut menawarkan pelan ansuran mudah sebanyak empat kali sebanyak AS$1,995 (RM9,925) setiap pembayaran.


Tisu yang dipercayai paling mahal di dunia itu mempunyai tulisan penyanyi, Mohammed Abdu yang mengatakan ‘tisu ini dimiliki oleh Mohammed Abdu’.


Abdu, Foto: Gulf News




Reaksi pengguna media sosial terhadap iklan jualan itu kebanyakannya negatif dan bersifat kritikan kerana menganggap ia sesuatu yang tidak masuk akal.


“Jika tisu itu mempunyai kuasa ajaib menyembuhkan semua kesedihan saya sekalipun, saya tidak akan membelinya,” komen seorang pengguna.


“Andai kata tisu itu boleh memadamkan dosa silam, saya tetap tidak akan terfikir untuk membelinya,” tulis seorang lagi.


Mohammed Abdu ialah salah satu nama terulung dalam muzik Arab sejak 1961 dan lagu-lagunya dihargai oleh berjuta-juta orang di negara teluk itu. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2022 05:05 PM | Show all posts
Jika mampu apa salahnya untuk beli dijadikan kenang-kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 04:39 PM | Show all posts
Lagu dia apa yg populer cuolls?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041237 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list