CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

Muka Diacu Pistol, Naib Presiden Argentina Terselamat Cubaan Bunuh

[Copy link]
Post time 3-9-2022 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Naib Presiden Argentina terselamat dalam cubaan bunuh bersenjata, di luar rumahnya.


Cristina Fernandez de Kirchner disambut para penyokong di luar kediamannya apabila seorang lelaki bersenjata mengacukan pistol tepat ke arah mukanya, lapor Reuters.




Al Jazeera




Presiden Alberto Fernandez memaklumkan, senjata api itu mengandungi lima peluru, namun gagal mengenai sasaran ketika picu dilepaskan.


Ketika kejadian, Cristina baru pulang dari mahkamah selepas menjalani perbicaraan bagi kes rasuah.


Namun, beliau menafikan penglibatannya dalam sebarang skandal rasuah.


Menurut polis, suspek yang merupakan rakyat Brazil berusia 35 tahun kini sudah pun ditahan dan pihak berkuasa akan mengenal pasti motif serangan.


Dalam pada itu, menerusi ucapan yang disiarkan secara langsung, Fernandez menyelar serangan itu dan menyifatkannya sebagai insiden terburuk sejak Argentina mengamalkan semula dasar demokrasi pada 1983.


“Kita boleh tidak bersetuju dan percanggahan, namun ucapan kebencian tidak boleh mendapat tempat di negara ini kerana ia jelas mencetuskan keganasan dan keganasan tidak wujud bersama demokrasi,” katanya.


Selain itu, Fernandez turut mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi membolehkan semua rakyat Argentina ‘bermuhasabah mengenai pertahanan dalam hidup, demokrasi dan solidariti bersama naib presiden’.


Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan suspek mengacukan pistol ke arah Cristina sebelum naib presiden itu menundukkan kepalanya.


Satu lagi video menunjukkan orang ramai cuba melindungi naib presiden daripada supek.







Sementara itu, jurucakap polis memberitahu, senjata yang digunakan suspek dalam cubaan bunuh naib presiden sudah pun ditemukan beberapa meter dari lokasi kejadian.


Sejak beberapa hari lalu, ratusan penunjuk perasaan memenuhi kawasan kediaman Cristina sebagai sokongan terhadapnya berhubung pendakwaan terlibat dalam kes rasuah.


Pemimpin berusia 69 tahun itu didakwa terlibat rasuah ketika menjadi presiden antara tahun 2007 dan 2015.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.750587 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list