View: 359|Reply: 1
|
Bapa Ditahan Biar Anak 4 Tahun Bawa Senjata Berisi Peluru Hidup Ke Sekolah
[Copy link]
|
|
Sekolah di Texas gempar apabila anak-kanak berusia empat tahun didapati membawa senjata berisi peluru hidup, lapor Wion News.
Menurut polis, seorang kakitangan sekolah yang sebelum ini bekerja sebagai anggota polis meminta bantuan untuk menasihati murid berusia empat tahun itu kerana memiliki pistol berpeluru di kawasan sekolah.
Gambar hiasan
Difahamkan, polis kemudian merampas senjata itu.
Berikutan kejadian, bapanya berusia 30 tahun ditahan serta didakwa meninggal dan membahayakan seorang kanak-kanak dengan memberikannya senjata.
Dalam kes lain pada Isnin lalu, senjata penuh peluru dan pistol tidak berpeluru ditemui di dalam beg galas milik seorang pelajar berusia tujuh tahun di sebuah sekolah di bandar Cochiase, Arizona, demikian menurut pejabat sherif.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kt rusia budak ni dh lama kena angkut hantar perang ukraine. |
|
|
|
|
|
|
| |
|