View: 1197|Reply: 6
|
Pemancing Hanyut 11 Hari Di Lautan Atlantik Tanpa Makan Dan Minum, Dah Sampai Darat Kena Penjara Pula
[Copy link]
|
|
Seorang pemancing yang hilang di laut selama 11 hari tanpa makanan dan minuman, ditemukan terapung di dalam peti sejuk beku.
Menerusi rakaman video tular, Romualdo Macedo Rodrigues berada di lautan Atlantik, selepas hanyut sejauh 280 batu (450 kilometer).
Sebelum kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan bertolak dari Oiapoque di utara Brazil untuk memancing di sebuah pulau di luar pantai Guiana Perancis pada akhir Julai, selama beberapa hari.
Namun, bot kayu sepanjang tujuh meter ke Ilet la Mere tiba-tiba dinaiki air dan tenggelam.
Foto: Daily Mail
Menceritakan pengalamannya, Romualdo berkata, dia bukan sahaja terkandas di laut selama 11 hari malah turut dipenjarakan selama 16 hari lagi ketika sampai ke darat kerana tidak mempunyai sebarang dokumen.
"Saya tidak tahu berenang. Mujur terdapat peti sejuk beku di atas bot, jadi saya membuat keputusan untuk duduk di dalamnya.
"Sepanjang tempoh tidak makan dan minum selama 11 hari itu, saya berkemungkinan kehilangan berat badan kira-kira lima kilogram," ujarnya yang turut bimbang di makan jerung.
Terdahulu dia diselamatkan oleh anak kapal di perairan di luar pantai Suriname, yang bersempadan dengan Guiana Perancis di sebelah barat. - CARI
Sumber: mStar Online/ The Sun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak minum selama 11 hari? |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut: Tak minum selama 11 hari?
air laut xblh minum nanti kena kencing masin
|
|
|
|
|
|
|
|
kes camtu pon kena penjara....kt negara orang.Kt negara kita...kes camni..depa akn dibagi tinggal,kemahiran + pekerjaan......'cakap lu'. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak letak dokumen kat celah mana?
Kan sensng pakai chip.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|