View: 1343|Reply: 10
|
Drama Banyak, Kualiti Hauk- Aziz M.Osman Kata Ramai Pelakon Sekarang 'Kayu'
[Copy link]
|
|
Ketika industri seni dibanjiri pelbagai isu membabitkan pelakon baharu, sutradara hebat, Aziz M. Osman pula melontarkan pandangan berbeza. Bagi pengarah siri filem francais, XX Ray ini, lambakan pelakon baharu perlu, terutama jika mereka berbekalkan minat dan semangat untuk menggali sebanyak mana ilmu dalam bidang lakonan.
“Kita memang ada ramai pelakon, tetapi yang boleh ke depan belum nampak lagi. Ada yang memang boleh berlakon, bagi watak apa pun menjadi, tetapi maaf cakap, karisma seorang bintang itu tidak ada.
“Saya faham senario penggambaran zaman sekarang berbeza. Kalau dulu, sebuah telemovie mengambil masa penggambaran dua minggu untuk disiapkan, tetapi sekarang, paling lama enam hari sahaja.
“Kita sudah jadi macam kilang drama. Buat drama sebanyak yang boleh. Kuantiti memang hebat, tetapi kualiti? Yang berbakat tidak menonjol. Tidak ada faktor X seperti pelakon senior. Kita mahu cari seperti Noor Kumalasari, Eman Manan, tetapi tidak ada,” katanya.
Foto: Utusan
Lantas ke bahu siapa harus kita letakkan salah? Adakah pelakon itu sendiri yang gagal mencipta identiti sebagai bintang atau pengarah sekadar menjalankan tugas menyiapkan sesebuah naskhah?
Sutradara berusia 59 tahun itu bagaimanapun, tidak meletakkan salah di bahu sesiapa. Dia mengakui pernah berada dalam situasi sesebuah nilai seni harus diletak ke tepi demi mengejar kuantiti.
“Bukan salah pelakon atau pengarah. Saya sendiri pernah terperangkap apabila diminta menyiapkan 12 hingga 15 babak sehari. Macam mana kita mahu titikberatkan seni?
“Jadi, kita tidak tumpukan hal-hal terperinci. Emosi, penjiwaan semua itu ‘pudar’. Ironinya, ada yang boleh menerima hasil sebegitu,” katanya.
SASARAN ASAL SIAP
Melayangkan pula persoalan pelakon baharu yang dikatakan kayu dan tidak berbakat, anak seni yang sudah 49 tahun bergelumang dalam industri hiburan ini tidak menyalahkan mereka seratus peratus.
“Macam mana hendak belajar dan cari ilmu lakonan kalau satu hari kena berkejar-kejar ke dua set penggambaran? Bagaimana hendak mencungkil dan menggali Ilmu? Sasaran mereka untuk siapkan sahaja naskhah. Itu yang menjadi punca kayu, tidak berbakat semua,” katanya.
Tambah Aziz, jika seseorang pelakon baharu dididik menjadi pelakon yang bertanggungjawab, pastinya mereka akan mencuba sehabis baik untuk menghidupkan setiap karakter diamanahkan.
“Kalau watak atau skrip yang kita dapat tidak begitu cemerlang, kita boleh perbaiki. Itu inisiatif kita sendiri dan ia nilai yang harus diterapkan. Kena pandai baca situasi. Kalau ikut sahaja skrip, mana datang jiwa, terutama bagi pelakon baharu.
“Lainlah kalau anda Eman Manan. Dia jenis ikut sahaja skrip di tangan. Tetapi, itu Eman Manan yang sudah berpengalaman. Pelakon baharu masih kekok selok-belok dunia lakonan. Saya nak ambil pelakon pun kena uji bakat, popular atau tidak, semua kena lalui proses sama,” katanya.
FIT FOR ACTION
Berganding bahu bersama dua pengarah, Ellie Suriaty dan Heykal Hanifah, Aziz bakal menjadi guru dan mentor kepada 12 peserta program realiti baharu, Fit For Action yang bakal bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam mulai 3 September ini di TV3.
Jelas Aziz, program realiti pencarian bakat lakonan ini merupakan medium untuk peserta menggali sebanyak mungkin ilmu daripada mentor terlibat, pada masa sama, membuka ruang untuk pengarah sepertinya mencari bakat baharu.
“Kita dapat lihat 12 anak muda memasang impian untuk digapai. Sebagai pengarah, saya juga sedang ‘teropong’ bakat baharu. Biarpun nanti mereka tersingkir, jangan risau kerana semua peserta ada potensi untuk pergi jauh di luar program ini. Jangan putus usaha,” katanya.
Dua belas peserta terpilih iaitu masing-masing enam lelaki dan perempuan diuji keupayaan fizikal, emosi dan kebolehan berlakon pelbagai genre menerusi cabaran lakon layar dan fizikal.
Semua peserta berguru dengan jurulatih fizikal yang juga juri cabaran fizikal, Nana Al-Haleq.
Program realiti ini diketuai juri tetap, Datuk Yusof Haslam, manakala Fahrin Ahmad dan Hunny Madu menggalas tanggungjawab sebagai hos. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha, x berani nk kutuk stesyen tv kannn |
|
|
|
|
|
|
|
Patah nyambek Ahmeng tertusuk sembilu....
Kahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Potpouri at 3-9-2022 02:21 AM
Seriuslah..dari dulu pun ramai kayu kayan kot..
Seingat aku, zaman P ramlee lakonan mantop.. pastu lepas Pramlee ada satu ketika tu filem dan drama semua macam baca skrip.. termasuklah zaman Ali setan semua tu..mcm bc skrip sangat.
Filem/drama apa Aziz ni buat, nak recall ada tak pelakon kayu berlakon dengan dia |
|
|
|
|
|
|
|
setiap era pon ramai je yang kayu.. jangan rasa bagus sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apooo dia tak kata pun pelakon baru kayu, dia kata takde aura kot. Reputz Cari ni mmg sengal ubi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Potpouri replied at 3-9-2022 02:20 AM
Seriuslah..dari dulu pun ramai kayu kayan kot..
Seingat aku, zaman P ramlee lakonan mantop.. pastu ...
Sah2 beego dlm sitcom puteri kayu betul tapi cute la zaman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Heykal hanafiah tu dulu gundu betoi, dia buat potong usus kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Potpouri replied at 3-9-2022 02:20 AM
Seriuslah..dari dulu pun ramai kayu kayan kot..
Seingat aku, zaman P ramlee lakonan mantop.. pastu ...
Neelofa dalam cite azura remaking kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 6-9-2022 01:09 AM
Isu yang tiada penghujung dalam industri hiburan.....masing2 ada perangai sndiri baik stesen TV, produksi, pengarah, pelakon dri influencer/instafamous atau lain2...sbb tu ssh nak bersaing/tembus market luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
mana taknya industri amik penyanyi bbnu, instafeme jadi pelakon
paling aku takleh brain, si saripah ros.... berlakon kayu, gedik |
|
|
|
|
|
|
| |
|