|
Penyanyi Yazmin Aziz yang sebelum ini dikecam berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, Nixon Guylherme Brizolara, mendedahkan sering ditanya warganet mengenai agama teman lelakinya itu.
IG Yazmin
“Adakah teman lelaki awak seorang Kristian?” tanya seorang pengikut di TikTok.
Kata Yazmin, 20, dia dan teman lelaki berbeza agama memandangkan dia beragama Islam.
Dalam kapsyen video terbabit, Yazmin turut menulis, “Bapa saya dulu pun Kristian.”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan katolik adalah cabang agama Kristian.
Selain itu, ada juga segelintir peminat yang menasihati bekas peserta Big Stage musim keempat untuk tidak mempedulikan pertanyaan itu dan kekal bahagia bersama insan tersayang.
Sumber: OHBulan |
|