CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1908|Reply: 5

'Tanpa Mereka, Mungkin Saya Masih Pakai Viva Hingga Ke Harini' - Dr Say

[Copy link]
Post time 1-9-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Doktor selebriti, Say Shazril atau Dr Say meluahkan rasa syukur selepas impian memiliki kereta idaman menjadi kenyataan.


Di Instagram, Dr Say mengakui sejak kecil terpegun dengan pesona kereta jenis Jaguar dan sejak berkeluarga, dia kini memilih untuk memiliki kenderaan yang mempunyai ruang selesa buat keluarga.








“Sejak berkeluarga, kereta sedan bukan lagi pilihan utama saya. Dengan stroller anak-anak, car seat anak-anak, SUV is the car im looking for. Mujur Jaguar bawak keluar its first SUV back in 2016 & redesign it in 2021. Kalau korang tengok & fikir “simple je rupa SUV ni”. Well simple is what i love about it. Clean, minimal yet luxurious,” tulisnya.


Dr Say pada masa sama turut mendedahkan maksud tersendiri di sebalik plat nombor kereta ringkas yang dipilih.




  



“Dihiasi dengan plate number atas suggestion korang yakni 55 yang bermaksud Say Shazril makes it just perfect. UG pulak saje nak kelainan sebab jarang nampak plate number start dengan “U” kan? Kalau nak ada maksud jugak UG means U Go maka jadinya “U Go Say Shazril” ahaha,” kongsinya lagi.




  



Bapa kepada dua cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada keluarga yang selama ini banyak menyokong perjalanan kerjayanya dari dahulu sehingga kini.


“Dalam kesempatan ni saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada family saya kerana tanpa mereka, mungkin saya masih dengan Perodua Viva hingga ke hari ini,” tulisnya lagi.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli toka tunjuk.. plat nombo tunjuk.. plat no tuu org leh akses data peribadi ko laa doc oii.. adoii.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamat rumah pun leh tau.. syed mokhtar albukhari satu mklumat pun tak tau.. kaya sikit sikit ni smua nak tnjuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 1-9-2022 11:19 PM
Beli toka tunjuk.. plat nombo tunjuk.. plat no tuu org leh akses data peribadi ko laa doc oii.. adoi ...

Die lg suke
Nti bole buat content privasi sy di cabuli
Padahal sendiri tayang

Rmaai jgk kt mdia doc kurang bijak kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok faham, kalau kita berjaya diukur melalui kereta apa yang kita pakai rupanya. Noted
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:11 AM | Show all posts
Meolss rasa dia ni ada penyakit erotomania..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list