CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4078|Reply: 87

[Tempatan] Pertimbang baju sukan ganti seragam sekolah

[Copy link]
Post time 1-9-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 1-9-2022 12:25 PM



"Ibu, esok cikgu kata ada latihan sukan, kena pakai baju sukan. Seronoknya!".

"Mama, esok ada Pendidikan Jasmani (PJ), pakai baju PJ kan? Seronoknya!". Begitulah keterujaan anak-anak bila perlu memakai baju sukan ke sekolah.

Ketika ini, sekolah di seluruh negara sedang rancak menganjurkan pelbagai aktiviti sukan sempena Karnival Sukan Negara. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepada pendidikan sebagai usaha berterusan untuk lebih memperkembangkan potensi individu.

Justeru, aktiviti hari sukan sekolah adalah usaha yang baik dan sangat wajar diteruskan. Umumnya pula bagi mengikuti kelas Pendidikan Jasmani, murid juga diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan ke sekolah. Sebenarnya, jika dilihat reaksi anak sendiri, mereka lebih teruja untuk menyarung pakaian sukan ke sekolah walaupun tiada mata pelajaran itu diajar pada hari berkenaan.

Mengapa pakaian sukan menjadi pilihan dan sebenarnya adakah relevan ia digunakan setiap hari?


Baju sukan lebih relevan

Sebenarnya, kalau kita melihat kepada beberapa faktor, pemakaian baju sukan ke sekolah adalah lebih relevan dan sesuai pada masa kini. Ini berdasarkan beberapa sebab antaranya keadaan cuaca panas di negara ini. Pakaian daripada fabrik kapas dilihat lebih sesuai dan mesra pengguna. Fabrik ini mampu menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah.

Ini tentu dapat memenuhi keperluan murid yang aktif bergerak dan menjalankan aktiviti fizikal. Mereka akan sangat mudah berpeluh pada cuaca yang panas. Oleh itu, pemakaian fabrik kain kapas sangat sesuai dan memberikan keselesaan kepada murid sepanjang mereka berada di sekolah.

Umum juga mengetahui mengenai sifat semula jadi murid terutama yang bersekolah rendah. Mereka gemar bermain dan lasak melakukan aktiviti fizikal. Dalam hal ini, pemakaian baju sukan lebih tepat. Ia tidak cepat kotor, malah dari satu segi kerana sifatnya yang tidak perlu digosok, sangat membantu ibu membuat persediaan harian anak.

Dalam situasi itu, mungkin seragam sekolah sedia ada boleh dikemas kini berdasarkan keperluan semasa dan kepentingan umum. Bukan hendak menolak sepenuhnya kepentingan baju sekolah sedia ada.

Namun, jika kita melihat amalan pemakaian baju sekolah di negara lain juga sudah banyak yang memilih baju sukan sebagai pakaian seragam harian.

Justeru, mungkin tidak salah untuk pihak Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pemakaian baju sukan ke sekolah terutama kepada murid di sekolah rendah.

Susulan itu, sebagai ibu saya melihat pemakaian baju sukan ke sekolah boleh dipertimbangkan. Ia sangat relevan dan wajar, malah masih mengambil kira aspek keseragaman dan pematuhan kepada etika pemakaian ke sekolah.

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/09/995346/pertimbang-baju-sukan-ganti-seragam-sekolah

Comments

Next time upload berita, sila letak gambar sekali ya. Terima kasih.  Post time 1-9-2022 12:28 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 12:19 PM | Show all posts
Mustahil dan jangan harap ianya akan berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:21 PM | Show all posts
ini la org ckp bagi betis nak paha
dulu2 mana ada sehari suntuk pakai baju PJ tu. Masa PJ saja tukar pakaian sukan, dah habis tukar balik seragam sekolah
seragam sekolah tu dah cantik, lg kemas aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak suka sekiranya ada 1 hari itu students diberi peluang untuk bergaya dengan baju kurung or baju Melayu atau pakaian kebangsaan kaum masing2. Barangkali hari Jumaat ka. Hehe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:24 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:22 PM
Akak suka sekiranya ada 1 hari itu students diberi peluang untuk bergaya dengan baju kurung or baju  ...

Boleh diterima juga idea sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:25 PM | Show all posts
budak sekolah sekarang untung. kalau hari tu ada PJ, satu hari tu ko boleh pakai baju PJ. tak yah salin2.
zaman iolss dulu, kena salin ok! kalau PJ waktu ke2, waktu pertama tu ko pakai baju seragam, pastu salin baju PJ, habis PJ ko salin la balik baju seragam tu.

pastu kalau PJ ko waktu pertama, dah nak kena jinjing pulak baju seragam tu g sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2022 12:27 PM | Show all posts
dlu lps pj kena tkr bj..dh la berpeluh2

skg untung byk..kasut pn hitam xyah ssh2 nk bsuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:27 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 1-9-2022 12:25 PM
budak sekolah sekarang untung. kalau hari tu ada PJ, satu hari tu ko boleh pakai baju PJ. tak yah sa ...

Dulu mmg kena tukar balik ke pakaian seragam selepas waktu PJ. Masalahnya sekolah ni tak sediakan pulak bilik mandi, tak disuruhnya budak tu mandi sebelum masuk kelas. Maka berbau la badan diorang.   Tengok budak sekolah omputeh elok je disuruh mandi. Hahaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 12:28 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 1-9-2022 12:27 PM
dlu lps pj kena tkr bj..dh la berpeluh2

skg untung byk..kasut pn hitam xyah ssh2 nk bsuh

Kasut hitam diorang sekarang sekadar lap dengan kain/tisu basah, terus bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 1-9-2022 12:25 PM
budak sekolah sekarang untung. kalau hari tu ada PJ, satu hari tu ko boleh pakai baju PJ. tak yah sa ...

Haah betol2
Masa terbuang utk salin baju je
1waktu 40min. Tukar baju 2x dah 20min

Budak skrg, baju PJ 2hari, baju rumah sukan/uniform 1hari. 2hari je pakai uniform
Kalau hari2 lg bagus. Xyah iron baju
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 1-9-2022 04:32 AM
kechikchomel replied at 1-9-2022 04:25 AM
budak sekolah sekarang untung. kalau hari tu ada PJ, satu hari tu ko boleh pakai baju PJ. tak yah sa ...


Yeap. Weol kalu malas pi tandas huntok tukar baju, tukar dalam kelas ja. Paksa budak2 jantan jadik jaga kat luar. Zaman weols sekolah dulu, dalam kelas aiol pompuan lagik hiperaktif dari jantan. So jantan selalu dikuli kuli.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:31 PM | Show all posts
Rockafella replied at 1-9-2022 12:27 PM
Dulu mmg kena tukar balik ke pakaian seragam selepas waktu PJ. Masalahnya sekolah ni tak sediakan  ...

kannn???
teringat lak citer ah-ha tu. part yg arwah kak dibah noor, 'sekor2 bau macam baa....'


tapi kalau sekolah sediakan bilik mandi pun, tak tau la apa nasib bilik mandi tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:41 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:22 PM
Akak suka sekiranya ada 1 hari itu students diberi peluang untuk bergaya dengan baju kurung or baju  ...

sehari ok lah kan...
anak aku pun dah bising penat gosok baju...
dulu hasben gosok semua baju skolah...
now dia dah malas...
aku mmg fail...

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:22 PM
Akak suka sekiranya ada 1 hari itu students diberi peluang untuk bergaya dengan baju kurung or baju  ...

Ini bagud. I sokong...boleh terap nilai2 budaya dlm diri..tp make sure jgn nk nyeksi2 lah..khussunya cheongsam dgn kebaya tuh..bebudak skang ni creative bebnor
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:30 PM
Yeap. Weol kalu malas pi tandas huntok tukar baju, tukar dalam kelas ja. Paksa budak2 jantan jadik ...



roommate iolss masa kat uni citer. dia dulu dari darjah 1 sampai form 6 sekolah pompuan.
tak pernah la merasa salin baju kat toilet. memang salin baju dalam kelas je. tutup tingkap, pintu, salin beramai2 la dorg dalam kelas tu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-9-2022 04:46 AM
Ini bagud. I sokong...boleh terap nilai2 budaya dlm diri..tp make sure jgn nk nyeksi2 lah..khussun ...

Khenst. Musti akan ada baju yang menyimpang dari nilai2 murni. Tau la bebudak ni gimana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk gosok baju pun malas. Kan dah ada iron steam skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 1-9-2022 04:41 AM
sehari ok lah kan...
anak aku pun dah bising penat gosok baju...
dulu hasben gosok semua baju skol ...

A'ah. Aiol suka tengok stoden bergaya cantik2 nsem2. Tapi ada cikgu tak suka terutama stok2 veteran. Haruslah cikgu pompuan. Cikgu jantan biasanya ok jew.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:49 PM
Khenst. Musti akan ada baju yang menyimpang dari nilai2 murni. Tau la bebudak ni gimana.

Cer chuols anjurkan fashion week..kalah model kat fwkl tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-9-2022 12:51 PM
A'ah. Aiol suka tengok stoden bergaya cantik2 nsem2. Tapi ada cikgu tak suka terutama stok2 vetera ...

Cikgu jantan time ni lah nk jamu pucuk muda uolsssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052983 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list