View: 6703|Reply: 47
|
9 Tahun Tinggalkan, Faizal Ismail Dituduh Jadi DJ Radio Semula Sebab Dapat Duit Banyak
[Copy link]
|
|
Selepas sembilan tahun meninggalkan dunia penyiaran, Faizal Ismail kini kembali bergelar penyampai radio mengendalikan segmen pagi di stesen Zayan FM bersama Mawi dan Anas.
Kata Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ismail, 46, dia menerima sebanyak lima tawaran daripada pelbagai stesen radio selepas menamatkan perkhidmatan di Hot FM pada tahun 2013.
Foto: IG
Namun, hatinya terbuka untuk kembali bergelar penyampai radio selepas menilai kandungan Zayan berbentuk Islamik dan perkongsian ilmu menarik di stesen berkenaan.
"Selepas tamat perkhidmatan dengan stesen radio sebelum ini, saya membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan sepanjang tempoh itu ada lima stesen radio menawarkan saya kerja.
"Dua tahun lalu saya mula berhijrah ke jalan yang lebih dekatkan kepada agama dan disebabkan itu saya melihat stesen radio Zayan adalah sebuah tempat yang sesuai untuk saya kembali.
"Kandungan di Zayan bukan sekadar hiburan, sebaliknya lebih kepada perkongsian ilmu. Justeru secara tidak langsung ini adalah cara untuk saya menyampaikan dakwah dengan lebih santai," katanya kepada mStar.
Faizal memaklumkan dia bersetuju mengikat kontrak selama empat minggu dan tidak menolak untuk terus aktif sebagai penyampai di stesen berkenaan.
Sementara itu, Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI menafikan dia menerima tawaran ini disebabkan bayaran tinggi.
"Setakat ini saya hanya bertugas untuk empat minggu sahaja kerana terikat dengan komitmen kerja lain. Bagaimanapun jika diberi peluang saya terbuka dan InsyaAllah ini adalah tanda comeback dalam bidang penyiaran radio.
"Saya bekerja bukan kerana wang. Memanglah ia penting, namun bukan faktor utama. Saya tidak meminta gaji seperti di stesen sebelum ini dan ia tidak lebih berbanding apa yang saya dapat dahulu.
"Faktor utama saya menerima adalah selepas melihat perjuangan mereka," ujarnya.
Dalam pada itu, Faizal juga melihat rombakan yang berlaku dikebanyakan stesen radio kebelakangan ini merupakan satu cabaran untuk dia bersama rakan penyampai terus bersaing terutama ketika mengendalikan segmen pagi.
Disebalik kebangkitan semula program radio, Faizal berpendapat perlu adanya gandingan beberapa penyampai lama dan baharu dalam usaha menghidupkan kembali dunia penyiaran.
"Segmen pagi dilihat sebagai nadi sesebuah stesen radio. Memang satu cabaran besar namun saya anggap ia jadi pembakar semangat untuk berfikir lebih kreatif terutamanya isi kandungan program.
"Sekarang ramai penyampai lama kembali bekerja. Itu buktinya orang lama belum hilang bisa. Dengan kemunculan orang lama ini boleh beri penambahbaikan kepada penyampai baharu," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah stesen radio semua masyuk eh. Sinar fm tu sampai 4 penyampai slot pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuailah dia dgn zayan fm |
|
|
|
|
|
|
|
lantak dia nk terima pn...bkn dia merompak pn...dia pn ada mulut nk kena suap mkn... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lettew dah mmg bidang dia, suara pun suara DJ. Daripada pak-pak lawak jadik DJ pastu syiok snediri merapu tanpa henti. |
|
|
|
|
|
|
|
okay la tu..dia pun memang asal keje DJ..xdalah dari pelakon, penyanyi or pelawak tiba2 nk jadi DJ radio.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zayan ni bukan kategori lagha ke? Sbb dulu dia kondem abis berkaitan hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
ape la slh kalau sbb duit pon..sape je xnak buat duit lebih....lgpon mmg die DJ dr asal2.. |
|
|
|
|
|
|
|
4 orang eh ank dia?
iolss ingat dulu, anak dia yg no2 meninggal berapa hari/minggu lepas lahir.
sedih tengok muka dia masa tu. lama jugak dia tunggu yg no2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana eh sampai 4 tu?
semak x
iols lps tau smpai 4 org mmg tak laaaa nk dgr
3 pon rasa mcm dh serabut
|
|
|
|
|
|
|
|
lifeline replied at 1-9-2022 11:42 AM
mcm mana eh sampai 4 tu?
semak x
iols lps tau smpai 4 org mmg tak laaaa nk dgr
4 tu nak biar senang sapa2 nak cuti. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu sesuai zayan dgn lifestyle dia skrg. onzzz |
|
|
|
|
|
|
|
first time dgr nama radio ni. best ke |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ok jer dgn dia
Berilmu
Mengacara pun bagus mmg bidang dia |
|
|
|
|
|
|
|
ada la penyampai yg sedikit cerdik untuk didengari......... |
|
|
|
|
|
|
|
La..apa salahnya kalau kerja balik sebab duit. Duit penting untuk kemaslahatan kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
yes i sokong u, dia layak ok
mmg bidang dia
suara pun ok
dah mmg job dia DJ
dari pak melawak merapu yg kosong jadi dj
|
|
|
|
|
|
|
|
masih rindu zaman keril dan kyran
atau Linda Onn
FBI ni ok je sebab dia takdelah mengarut dan buat lawak sendiri, sendiri ketawa berdekah
zayan pon ok, takde teruk sangat
good luck untuk FBI |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tengah imagine ada satu station radio pastu dj2 nya macam fbi, krill, kiran, linda onn, nila kurnia, abby fana.. mcm diorg ni sesuai la untuk remaja purba mcm iols sebab takde la sepanjang masa mengekek ketawa buat lawak entah apa |
|
|
|
|
|
|
|
.. kalau kerana duit pun apa salahnya?
bukankah kita bekerja sebab nak duit utk tampung kehidupan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|