CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 1

[Pulau Pinang] Direman 3 hari akibat lumba haram

[Copy link]
Post time 30-8-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Direman 3 hari akibat lumba haram

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my






Bukit Mertajam: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dekat sini, tengah malam kelmarin direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 21 tahun direman bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, polis menahan ketiga-tiga suspek selepas didapati melakukan aksi berbahaya yang boleh mengundang ancaman kepada diri sendiri serta orang awam lain.

"Dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan, polis turut mengesan ketiga-tiga suspek menunggang motosikal yang diubahsuai.

"Mereka juga turut didapati menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen memandu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, hari ini.

Katanya, kegiatan lumba haram adalah kesalahan yang sangat serius dan tindakan penahanan diambil bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam aktiviti itu.

Dalam pada itu, Tan berkata, sebanyak 20 motosikal turut disita dalam operasi berkenaan, selain pihaknya mengeluarkan 70 saman membabitkan pelbagai kesalahan.

"Pihak polis ingin menasihati orang ramai terutamanya remaja supaya tidak terbabit dalam kegiatan lumba haram kerana jelas melanggar undang-undang selain mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.




Disiarkan pada: Ogos 30, 2022 @ 8:18pm



Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San menunjukkan gambar individu yang ditahan ketika sidang media tangkapan samseng jalanan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini. FOTO DANIAL SAAD







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2022 11:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.623414 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list