CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siapa beli pemegang cip dirompak bernilai RM4.2 juta?

[Copy link]
Post time 30-8-2022 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Siapa beli pemegang cip dirompak bernilai RM4.2 juta?

Aminah Mohd Yusof
[@hmetro.com.my





DATUK Mohd Shuhaily ketika ditemui pada majlis Penyerahan Basikal Unit Polis Pelancongan Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong.




Georgetown: Polis Pulau Pinang masih menjalankan siasatan berhubung pembeli sejumlah pemegang cip bernilai RM4.2 juta yang dilaporkan dirompak dari sebuah stor kilang di Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada 5 Julai lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemegang cip itu mempunyai fungsi yang rumit dan tidak mungkin dijual kepada orang biasa.

"Sehingga kini, kita sudah menangkap tujuh individu dan boleh dikatakan berjaya menyelesaikan kes berkenaan, namun kita tidak dapat menemui kembali barang yang dicuri itu.

"Sekiranya dijual di luar negara sudah tentu mereka (pembeli) tahu kegunaan (pemegang cip) dan barang itu terlalu advance (maju) dan ia tidak digunakan orang biasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki termasuk dua pengawal keselamatan dan seorang pekerja kilang warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 60 tahun.

"Dalam konteks ini saya hanya boleh menasihati pemilik kilang dan gudang agar mereka menggajikan pekerja yang berwibawa dan mempunyai rekod bersih," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu suspek dikatakan memecah masuk stor dan mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas sebelum melarikan 16 kotak mengandungi pemegang cip menggunakan sebuah lori.




Disiarkan pada: Ogos 30, 2022 @ 8:02pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.395592 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list