CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kes remaja maut jatuh kondominium tiada unsur jenayah

[Copy link]
Post time 30-8-2022 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Kes remaja maut jatuh kondominium tiada unsur jenayah

30 Ogos 2022 07:19pm






Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes seorang remaja perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk mendapatkan maklumat berhubung remaja berusia 13 tahun tersebut di sekolahnya.

"Setakat ini, pihak polis telah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga remaja itu dan menurut ibu bapanya tiada sebarang masalah atau kejadian luar biasa berlaku sebelum remaja terbabit dijumpai terjatuh di aras satu kondominium terbabit.

"Buat masa ini, kita tidak pasti apa yang berlaku terhadap remaja itu atau apa yang bermain di dalam fikirannya sebelum kejadian itu berlaku. Malah, ibu bapa mangsa juga keliru dengan kejadian yang menimpa anak mereka dan mangsa sebelum itu juga tidak dimarahi oleh sesiapa," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sebanyak 15 basikal bernilai RM30,000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Unit Polis Pelancong di ibu pejabat kontinjen polis (IPK) di sini, penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin.

Pada Isnin, mayat remaja berusia 13 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian bumbung kawasan parkir kenderaan kondominium tersebut kira-kira 6.30 pagi oleh ibu mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa. - Bernama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.072357 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list