View: 19320|Reply: 148
|
Shuib nekad tak nak join Sepahtu Reunion dah..
[Copy link]
|
|
Lebur harapan peminat! Shuib nekad tidak lagi terlibat dalam ‘Sepahtu Reunion’… Pihak produksi lebih tahu punca undur diri
SELEPAS lebih setahun tidak terlibat dalam mana-mana program televisyen dan aktiviti pentas, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib memberitahu dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif mewarnai industri hiburan tanah air.
Keputusan Shuib itu cukup mengujakan peminat dan rata-ratanya mahu dia kembali menyertai program Sepahtu Reunion yang pernah dijayakan sebelum ini bersama Jep, Rahim dan Pak Ya.
Menyedari hasrat peminat itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun menjelaskan dia tidak mungkin kembali menyertai program berkenaan di atas sebab-sebab tertentu.
Shuib lebih selesa bawa haluan kerjaya sendiri.
"Ada sebab mengapa saya tidak mahu lagi terlibat dalam program tersebut. Pihak pengurusan tertinggi produksi tahu jawapannya dan saya anggap mereka bertanggungjawab kenapa saya tidak ada lagi dalam program tersebut.
"Mereka ada berbincang untuk saya kembali. Namun rasanya tidaklah buat masa ini. Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi," katanya kepada mStar.
Bukan sahaja tidak terlibat dalam program Sepahtu Reunion, Shuib juga menolak kemungkinan akan kembali bergabung di bawah kumpulan tersebut untuk mana-mana program pentas.
Dalam masa sama, Shuib juga menafikan wujud sebarang perselisihan faham antara dirinya dengan ahli kumpulan lain termasuklah Mamat yang merupakan anggota asal kumpulan Sepah bersama Jep.
"Saya dengan Mamat pun sudah lama tidak berhubung. Walau tinggal berdekatan, kami tidak pernah berjumpa. Takut nak katakan tidak mahu kembali bersama kerana saya tak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari.
"Bagaimanapun buat masa sekarang saya boleh katakan tidak akan bergabung kembali.
Saya pun tak mahu nak panjangkan cerita dan komen lanjut tentang apa yang telah terjadi
"Orang mungkin kata hubungan kami tidak baik... sebenarnya tidak ada sebarang masalah pun. Cuma masing-masing sibuk dengan kerja sendiri," ujarnya.
Shuib yang baru memulakan kembali kerjaya sebagai penyampai radio di stesen Suria FM mengakui dia kini lebih selesa membawa haluan sendiri.
Kata Shuib kesibukan kerja merupakan cara terbaik dia mengurangkan kesedihan selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
"Saya lebih selesa jalan sendiri dan buat perkara untuk kegembiraan sendiri. Contohnya menyertai Suria FM juga adalah perkara yang buat saya gembira.
"Kesedihan lalu pun belum dapat saya ubat sepenuhnya. Masih lagi teringat apabila pulang ke rumah. Jadi saya harap apa yang saya buat di masa akan datang ini menggembirakan diri sendiri," jelasnya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
awal plak aku masuk....sape tahu cerita...cerita la hihihi
ke sbb soeb dah acah2 macho skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bertanggubgjawab? Mksdnya gaduh dgn management ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Sepah..sepahtwo...sepahone akhirnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi 15 tahun Sepah masuk Gelak Vaganza
Rahim & PakYa Sepah yg join.
Minggu ke3 undur diri sebab masalah kesihatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols speku majok dgn jep.. kot la jep ada tegur dia masa kes si adikanna tuuu.. siapa tauuuuu
tp takkan la kannn.. dgn pihak pengurusan la kott |
|
|
|
|
|
|
|
Iols speku jep yang problem. Heols overshadow pelawak2 yang ader. Iols perasan masa jkkk tuew, heols galak potong punchline pelakon2 lain especially pak kodi. Biler heols dan bini tede lagi di jkkk, nampak semua pelakon seimbang. Sampai pelakon baru pon nampak selesa bagi punchline. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nmpk dulu masa depa br3 jd dj nmpk mcm shuib yg byk buat keje.. si rahim tu byk lena jaa.. jep biasa la dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin replied at 30-8-2022 05:58 PM
Iols speku jep yang problem. Heols overshadow pelawak2 yang ader. Iols perasan masa jkkk tuew, heols ...
Masa jemput Ryan dengan Wanchai ritu pun
Ramai komplen
Kenapa Jep tak bagi peluang dorang serlahkan bakat
Asyik2 dia aje nak bercakap
Macik speku depa tu pun malas
Tapi nak buat macam mana dah lubuk rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
Jep tu melebih2x sgt.. Meluat dh tgk die... overshadow pelakon lain... Esp time shuib... Mmg die kenekan kaw2x shuib.. Sian gak shuib mcm tak sudi ja depa dgn die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jep lawak..dalam banyak2 pelawak astro, dengan jep aja aku boleh gelak..hat lain sendu |
|
|
|
|
|
|
|
iols dah lama rengsek dgn si jep tu. Entah apa yg kelakor pun x tau lh. Ummah benak jah yg terasa terhibur dgn lawak pprt n puncline sakai tu |
|
|
|
|
|
|
|
yay bagus aku tak minat spesis tonggang bini ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maybe payment dia x sama kot? Jadi dia nk sama banyak ah gituu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 replied at 30-8-2022 07:13 PM
Jep tu melebih2x sgt.. Meluat dh tgk die... overshadow pelakon lain... Esp time shuib... Mmg ...
Kannn
I pun meluat kalo dengar dia bercakap pagi2 tu asiklah nak kenakan si Angah. Mcm dia je yg hebat.
Nampak sangat sisi poyo dia tu.
Shuib ni kalo ikutkan boleh tahan je dia jadi deejay, dia byk membaca hal semasa bukan buta kayu sangat. Rupanya result dia not bad masa sekolah. I x minat Shuib tapi tak rengsa dengar suara dia banding dgn Jepp. |
|
|
|
|
|
|
| |
|