CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 0

Suffian Ketua Polis Hulu Selangor baharu

[Copy link]
Post time 30-8-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Suffian Ketua Polis Hulu Selangor baharu

oleh MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL 30 Ogos 2022 01:26pm






Suffian Abdullah




HULU SELANGOR - Anggota dan pegawai yang bertugas di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor diminta untuk memberi sokongan padu kepada Ketua Polis Daerah, Superintendan Suffian Abdullah yang baru dilantik pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jawatan sebagai Ketua Polis Daerah merupakan antara kedudukan yang paling mencabar dalam pasukan itu.

"Kepada warga kerja IPD Hulu Selangor berikanlah sokongan padu kepada Superintendan Suffian dan tanamkan semangat kerjasama.

"Setiasa utamakan agenda pasukan, susah atau senang kita rasai bersama," katanya semasa berucap selepas menyaksikan upacara pemakaian pangkat dan serah terima tugas di IPD Hulu Selangor, di sini, pada Selasa.


Arjunaidi (tengah) menjadi saksi pada Majlis Serah Terima Tugas antara Arsad Kamaruddin (kiri) dan Suffian Abdullah (kanan).





Sementara itu Suffian dalam ucapannya berkata, jawatan yang disandangnya itu merupakan satu amanah dan tanggunjawab yang memerlukan komitmen tinggi khususnya di dalam Kontinjen Selangor.

Suffian Abdullah, 48, menyertai Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1995 dan telah menyandang pelbagai jawatan sepanjang 27 tahun perkhidmatan antaranya beliau merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Trafik (JSPT) Seri Alam, Johor dan Timbalan Ketua Polis Raub.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Sains Kepolisan menggantikan Arsad Kamaruddin yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Perjawatan (PRP dan Konstabel) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054455 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list