CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Maaf, kami masih terkejut'

[Copy link]
Post time 29-8-2022 09:51 PM | Show all posts |Read mode
'Maaf, kami masih terkejut'

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my





AHLI keluarga remaja yang maut terjatuh dari tingkat 11 kondominium Ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP. FOTO Zuhainy Zulkifli.




Georgetown: "Maaf, kami tidak mahu mengulas (lanjut) kerana masih terkejut dengan kejadian ini. Beri kami ruang."

Itu kata ibu kepada remaja perempuan berusia 13 tahun yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah di sini, hari ini.
Wanita yang enggan dikenali itu dilihat hadir bersama suami dan empat anaknya di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini bagi menunggu urusan bedah siasat.

Katanya, kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul malam tadi, dan anaknya tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

"Kami baru pulang daripada mengerjakan haji bulan lalu dan ini dugaan buat kami suami isteri, " katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai mangsa yang ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian bumbung parkir di kondominium berkenaan.

Kehilangan mangsa disedari ayahnya pada 5.30 pagi sebelum menemukan mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian bumbung parkir kenderaan di kondominium berkenaan sejam kemudian.



Disiarkan pada: Ogos 29, 2022 @ 8:48pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046688 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list