CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 8

[Dunia] Bangkok ‘dipenuhi’ ular, seekor ditemukan setiap 15 minit

[Copy link]
Post time 29-8-2022 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Pihak berkuasa Bangkok melaporkan, pihaknya menangkap kira-kira 60,000 ular setiap tahun dengan purata seekor ular akan ditemukan dalam masa 15 minit.

Talian kecemasan 199 sering dihubungi orang ramai mengenai penemuan ular, sama ada di premis perniagaan mahu pun rumah mereka setiap hari.

Lapor Bangkok Post, statistik itu dikeluarkan selepas satu gambar yang menunjukkan seekor ular sawa besar melingkar di atas pokok di daerah Din Daeng, sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Petugas di talian kecemasan Bangkok memaklumkan, mereka menerima kira-kira 200 panggilan setiap hari berkaitan penemuan haiwan, terutamanya ular selain tebuan dan biawak air.

Mereka menjelaskan, anggota keselamatan akan menangkap ular yang ditemukan dan menyerahkannya kepada Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, sebelum kesemua haiwan itu dibebaskan ke dalam hutan.

Selain itu, pihak berkuasa juga menganggarkan 3,000 hingga 6,000 ular yang ditemukan tidak berjaya ditangkap dalam tempoh setiap tahun dan dipercayai ‘masih bebas’ di sekitar Bangkok.

Organisasi Taman Zoo menjangkakan terdapat sekitar 1,000 ular di setiap 50 daerah di seluruh Bangkok.

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok disebabkan masyarakat di bandar ini tidak makan ular, sebaliknya haiwan pemangsa itu mempunyai ‘banyak mangsa’ seperti ular, kucing dan ayam.

“Kebanyakan ular yang ditangkap oleh pihak berkuasa adalah jenis phyton dan boa,” menurut organisasi itu.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/bangkok-dipenuhi-ular-seekor-ditemukan-setiap-15-minit/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Org semenanjung Malaysia x mkn ular juga...ke cina suka mkn ular...tu ular x sebanyak bangkok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita di malaya ini apa kurang?

Ularmak every other minute....boleh nampak....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 29-8-2022 09:35 AM
Org semenanjung Malaysia x mkn ular juga...ke cina suka mkn ular...tu ular x sebanyak bangkok

Ular yg menjalar dalam boxers ko takut tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular pun besar mcm dinosaur…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2022 04:59 PM | Show all posts
pernah sekali sekor ular pokok sedap jah melingkar atas rak kasut ai. sori la ai nak halau, terus tutup pintu dan call JPAM. sambil tunggu, ai "cakap"lah dgn ular tuh kat tepi pintu (yg masih bertutup hahaha)... baik ko blah sekarang sebelum ko kena tangkap. bila jpam sampai, dia org cari setiap sudut luar rumah sampai bwh keta dan dlm parit, memang tak jumpa langsung. agaknya hewan ni faham kot, apa yg kita cakap. atau ai ada kelebihan forest nymph... gitu sekali ai perasan
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 05:02 PM | Show all posts

eeiiii scary nyaa klu besar gini. dah mcm kena bela je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2024 09:54 AM | Show all posts
ngeri betul..da le kena pindah bangkok bulan 7 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.451647 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list