CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 802|Reply: 2

[Sarawak] Jalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun

[Copy link]
Post time 23-8-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Rahman (kanan) menandatangani papan rentang sebagai simbolik dengan mesej 'tidak merokok' sebagai amalan budaya hidup sihat di Mydin Samariang semalam.

KUCHING: Rakyat di Sarawak dinasihati untuk menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit tidak berjangkit dan kronik lainnya.

Demikian kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sambil menggesa golongan belia seawal remaja menjalaninya sebagai kaedah pencegahan.

"Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati banyak penyakit yang dahulunya hanya dihidapi warga tua tetapi kini turut dialami golongan muda.

"Dahulu penyakit ini hanya dihidapi orang tua tetapi sekarang orang muda turut mendapat ketumbuhan, barah dan kanser," katanya ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau semalam turut merasmikan penangguhan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Mydin Samariang.

Katanya, statistik menunjukkan 20 peratus masyarakat menghidapi kencing manis yang mana satu daripada lima orang dewasa dipercayai mengalaminya.

Sementara tiga daripada 10 rakyat Malaysia yang dewasa menghidapi darah tinggi dan empat daripada 10 orang dewasa mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang dipercayai berpunca daripada gaya hidup dan budaya pemakanan.

"Rakyat perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ia menjadi satu perkara yang penting. Badan kita adalah seperti kereta dan ia perlu diservis atau dibaik pulih," tegasnya.

Beliau mahu rakyat sentiasa sihat dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan fizikal, makan secara sihat, bijak tangani stres, tidak merokok dan menjaga kebersihan persekitaran.

Ini kerana Sarawak mempunyai Pelan Pembangunan Negeri yang komprehensif dengan memanfaatkan segala sumber dan menggunakan jaringan strategik tersedia di samping meneroka peluang-peluang baharu bagi memastikan pembangunan dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.

Ini termasuk menekankan keperluan dan kualiti hidup rakyat Sarawak dan alam sekitar sebagai asas utama demi kelestarian dan kesejahteraan semua.

Untuk tujuan ini, kerajaan perlu melabur dalam pelbagai hal termasuk kesihatan bagi memastikan rakyatnya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Namun, pelaburan ini bukan sahaja perlu dilakukan pihak kerajaan tetapi semua pihak.

Golongan rakyat Malaysia dalam lingkungan umur yang produktif perlu kekal berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera supaya produktiviti mereka berada pada tahap yang tinggi.

Malangnya, individu yang menghidap penyakit NCD adalah kurang produktif akibat absenteeism (iaitu tidak hadir untuk bekerja) dan presenteeism (iaitu walaupun hadir tetapi tidak melakukan kerja).

Adalah penting untuk kita melihat saringan kesihatan sebagai satu pelaburan pada masa depan.

Mengikut unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, populasi warga emas berada dalam lingkungan 60 tahun dan ke atas di Malaysia akan meningkat kepada 15 peratus daripada keseluruhan populasi pada  2030.

Ini bermakna Malaysia akan menjadi negara berusia emas menjelang 2030.

Oleh itu, kita semua perlu membuat pelaburan bukan hanya untuk hidup tua tetapi yang lebih penting, untuk hidup tua dalam keadaan yang sihat, tambahnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2022/08/22/jalani-saringan-kesihatan-sekurang-kurangnya-sekali-setahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 04:25 PM | Show all posts
banyakkan amik zat besi dan mineral
itu yg mengurangkan risiko kencing manis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:33 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 29-9-2022 04:25 PM
banyakkan amik zat besi dan mineral
itu yg mengurangkan risiko kencing manis
Terimakasih untuk info ni ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.504398 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list