CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1152|Reply: 4

Ako Mustapha Bangga Filem Lakonannya Tercalon Dalam Festival Filem Cannes

[Copy link]
Post time 23-8-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Ako Mustapha meluahkan rasa bangga dalam muatnaik terkininya di akaun Instagram, apabila mendapati filem Eva yang dibintanginya berjaya tercalon dalam top tiga bagi anugerah Festival Filem Cannes 2022 untuk kategori thriller dan suspen.


Menerusi muat naik yang dikongsikan di media sosial, aktor ini mendedahkan bahawa pertama kali dalam kerjaya seninya sebagai pelakon berlakon dalam filem sehingga tercalon dalam senarai Festival Filem Cannes.


Foto: IG




“Pertama kali saya berlakon dalam filem sampai masuk Festival Filem Cannes,” tulisnya.


Melihat dari entri yang dicoret Ako, dia meluahkan rasa bangga dengan semua yang terlibat dalam menjayakan filem Eva meski dirinya hanya membawa watak yang kecil dalam filem arahan pengarah Suhaiza Aziz itu.


  



Ako juga menitipkan rasa terujanya dan ingin melihat filem hasil tangan pengarah tempatan tersebut terpancar di skrin besar dalam anugerah berprestij berkenaan.


“Saya rasa sangat bangga dengan semua orang yang terlibat dala projek ini. Walaupun watak saya kecil je, tidak ada peranan kecil hanya aktor kecil. Saya tak sabar nak tengok filem ini terpancar di skrin besar".


Pelakon ini juga menitipkan agar perkongsian berita pencalonan filem Eva ini, dapat memberi inspirasi buat penggiat industri filem tempatan untuk menghasilkan filem yang bermutu dan berkualiti.




  



“Semoga kejayaan ini memberi in kejayaan ini memberi inspirasi kepada semua pembuat filem-pembuat filem Malaysia.”


Ako juga menitipkan ucapan tahniah kepada rakanya yang juga pengarah filem Eva iaitu Suhaiza Aziz yang mengarah filem tersebut.


“@cikpuanmuda_sue kepada pengarah kesayangan saya, produser, dan rakan saya, tahniah! Anda mendapat sokongan dan pengiktirafan penuh saya. ‘Break a leg, wonder woman!’ Ini untuk semua pembuat filem wanita di luar sana.”




  



Sekadar info, filem Eva arahan pengarah Suhaiza Aziz ini berjaya menempatkan top 3 dalam pencalonan bagi kategori filem suspen dan thriller dalam Festival Filem Cannes. Filem ini juga dibintangi Nadia Aqilah, Nadia Brian dan Shamsul Danish sebagai teraju utama.


Menjengah ke Instagram pengarah wanita ini, difahamkan filem Eva akan ditayangkan di pawagam tanah air pada bulan Februari 2023 nanti. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tny festival film cannes tu prestigues kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 02:56 PM | Show all posts
Cannes World Film Festival ni tak sama kan, dgn Cannes Film Festival?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 03:48 PM | Show all posts
Mooverine replied at 23-8-2022 02:56 PM
Cannes World Film Festival ni tak sama kan, dgn Cannes Film Festival?

pegi website die
tiap2 bln pun ade bg award
dh mcm neg balak plk

tp yg menang2 tu ada jgk a list hollywood mcm clint eastwood


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 05:19 PM | Show all posts
lopek nya anugerah cannes ni. filem gitu pun boleh tercalon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.115100 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list